Orang kecil berjiwa besar

2/27/2018 unazack Husna 0 Comments

"Cikgu, aisar nak jadi pengawas."

Allahu akbar
Terkedu mami & abi bila tau anak bujang yang kecik-kecik cili api ni berani menyuarakan pendapat dia pada cikgu.

Kisah nya macam ni.....

Disebabkan hari ni cuti
Kami sekeluarga tak ke mana pun
Busy dengan kelas
Lagi pula parit raja jem
So malas la nak ke mana


Petang tadi bawak la anak-anak jalan-jalan makan angin
Lupa dah kami bersembang pasal apa
Terkeluar la 1 ayat dari mulut mami.

"Mami dulu garang. Sebab tu mami jadi pengawas"

Aisar : Kakak pun garang macam mami.

Mami : Kakak garang dekat rumah je. Dekat sekolah takut pulak.

Aisar : Aisar nak jadi pengawas.

Mami : Cakap la dekat cikgu.
(Niat sebenarnya nak uji anak-anak. Nak tengok sejauh mana keberanian diorang.)

Tanpa disangka-sangka

Aisar : Dah cakap pun dekat cikgu.

Mami & abi : 😮😮
(Dalam hati sebijik macam mami ni.)

Mami : Cikgu cakap apa?

Aisar : Kena belajar rajin-rajin.

Mami : Haa..tau pun. Nak jadi pengawas kena belajar pandai-pandai.

"Cikgu, aisar nak jadi pengawas." Allahu akbar Terkedu mami & abi bila tau anak bujang yang kecik-kecik cili api ni bera...

0 comments: