Tips Nak Elakkan Tangan Daripada Suka Picit Jerawat

2/12/2018 Unknown 0 Comments


Hai korang.. Malam ni Una nak story pasal isu picit jerawat.
Ramai kan yang suka picit jerawat?
Korang jangan amalkan tau kalau nak kulit bebas dari jerawat.

Dengan memicit 1 jerawat, akan tumbuh jerawat yang lain.
Sebab jangkitan bakteria dari kuku korang yang tak berapa nak bersih tu.

Bukan jerawat saja yang bercambah.
Kesan dari picit jerawat tu akan efek pada tona kulit korang.
Area sekitar jerawat tu akan jadi hitam. Pastu parut dia bukan boleh hilang sehari dua.
Makan minggu, bulan or silap hari bulan bertahun baru parut hilang sepenuhnya

Makanya kalo taknak kulit semakin teruk, tolong jangan picit jerawat.
Unless korang tau cara picit jerawat yg betul.
Untuk masalah kulit breakout, kulit kita ambik masa lebih kurang 4 bulan untuk fully recover. So jangan heran lah dalam tempoh 4 bulan tu jerawat silih berganti.

So kat bawah ni ada 5 tips untuk elakkan tangan daripada suka memicit jerawat.


1. Jangan asyik tengok cermin

Tengok bila perlu je.
Contoh masa nak pakai tudung.
Lepas tu jangan tengok dah. Konfiden je yang tudung tu terletak elok je.

2. Elakkan diri daripada menyentuh muka

Incase tersentuh
Angkat tangan cepat-cepat sebelum tangan detect ada jerawat.
Dan sebelum nak sentuh make sure tangan tu bersih dulu.

3. Busy kan jari jemari anda

Biasanya tangan yang tak ada kerja ni yang rajin dok sentuh muka dan rajin memicit jerawat ni.
Tambahkan kerja jari jemari anda dengan berkraf tangan ke, taip blog ke, reply mesej customer ke, post sharing yang bermanfaat untuk lain baca ke.
Atau nak lagi pahala ambil Al Quran mengaji 2,3 muka surat.

4. Buat facial

Daripada korang gatai tangan nak picit jerawat tu
Apa kata ambil tisu, tuang toner
Sapu di seluruh muka.
Atau ambil mekap remover scrub muka yang kotor tu.
Pendek kata buat la aktiviti yang boleh bantu menjaga kulit wajah.

5. Ikat tangan kat belakang

Ni paling tragis.
Bagi yang memang tak boleh tahan sangat nak picit jerawat
Minta sape-sape tolong ikat tangan tu kat belakang.
Macam kena gari tu.
Gerenti langsung tak boleh picit jerawat tu.

Untuk dapatkan lebih banyak lagi tips kecantikan boleh follow Una di facebook
Nurul Husna

#cikgucantik
#TipsBersamaCikguCantik

Hai korang.. Malam ni Una nak story pasal isu picit jerawat. Ramai kan yang suka picit jerawat? Korang jangan amalkan tau kalau nak kul...

0 comments: