Youth Skincare SELAMAT dan BERKESAN untuk semua jenis kulit

2/26/2018 nurul husna 0 Comments


Sejak bulan lepas lagi Youth Skincare Shaklee telah pun mulai dijual di pasaran Malaysia.
Tapi hanya available buat leader shaklee yang layak sahaja.
Bersempena dengan pelancaran Youth bulan depan iaitu Mac 2018, skincare ni akan mula dijual kepada pengguna di seluruh Malaysia.
Pastinya dengan harga promosi yang sangat menjimatkan, setiap daripada anda tak boleh melepaskannya

Sebelum ini shaklee sangat terkenal dengan set skincare nutriwhite nya yang menjadi kegilaan pengguna shaklee. Kerana ianya terbukti sangat SELAMAT dan BERKESAN kepada pelbagai jenis masalah kulit.

Seperti shaklee Youth berkali ganda lebih mengujakan.
Meh Una nak ceritakan sikit apa yang best nya YOUTH ni sampaikan korang wajib bertukar ke YOUTH SKINCARE sekarang.


Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?


Keberkesanan YOUTH telah dibuktikan melalui Kajian Klinikal.
Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tu, fuhhh.. sampai detail macam tu hokey.



Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit
Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

Mengkagumkan!! Kan?

Apa yang spesel nya YOUTH ni?

Produk YOUTH 100% vegan (boleh kira dengan jari hanya beberapa produk skincare Vegan saja di Malaysia ni kan)
Cruelty Free (Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan).
Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang berbahaya.
Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa

Apa Bahan dalam Skincare YOUTH sehingga ia menjadi sangat Berkesan?

Antara bahan yang ada di dalam produk YOUTH ni adalah;-

Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.

Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.

Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals)– untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.

Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.

Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

Apa Produk yang ada dalam Set Skincare YOUTH ni?

Terdapat 6 produk utama di dalam set penjagaan kulit YOUTH ni iaitu:-

  • Luminous Gel Oil Cleanser sebagaipencuci muka
  • Perfecting Skin Toner sebagai toner
  • Youth Activating Serum sebagai serum
  • Age Defense Moisturiser SPF50 sebagai pelembap & sunblock
  • Advanced Renewal Night Cream sebagai krim malam
  • Radiance C + E sebagai pencerah dan pemudar garisan penuaan


Rangkaian penjagaan kulit YOUTH ini direka untuk bekerjasama bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan.


🔴LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

🔴PERFECTING SKIN TONER

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untukmembersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.


🔴YOUTH ACTIVATING SERUM


Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen danpembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

🔴AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract

🔴ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lainmenggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

🔴ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – RICH

Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter, Jojoba

🔴RADIANCE C + E

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi
Untuk penggunaan selama 60 hari.

Apa yang buat Una tertarik dengan Youth ni adalah packaging nya yang sangat eksklusif. Dengan teknologi “bebas penutup” (untuk Pencuci Muka dan Serum), hanya perlu putar dan picit.

Love 💖
Nurul Husna
Pengedar Sah Shaklee

SEPINTAS LALU MENGENAI YOUTH
RANGKAIAN YOUTH SKINCARE
TESTIMONI CABARAN 30 HARI
KELEBIHAN YOUTH SKINCARE

Sejak bulan lepas lagi Youth Skincare Shaklee telah pun mulai dijual di pasaran Malaysia. Tapi hanya available buat leader shaklee yang...

0 comments: