Cara mencuci muka yang TEPAT yang MESTI anda praktikkan

2/25/2018 unazack Husna 0 Comments


Dalam 1 hari berapa kali korang cuci muka?

Actually dalam sehari atleast 2 kali korang kena cuci muka.
Pagi dan petang.
Jangan kerap sangat tau.
Nanti akan menghilangkan kelembapan kulit.
Tu yang kulit boleh jadi kering tu.

Macam mana cara korang cuci muka tu?

Letak pencuci muka kat tapak tangan, gosok2 pastu sapu je kat muka.
Betul tak?

Sebenarnya tu bukan la cara yang tepat dan efisyen untuk bersihkan muka dari kotoran dan minyak.
Mestilah ada cara nya.


Langkah 1: Pilih pencuci muka yang sesuai.
(Ketahui cara untuk mengenal pasti jenis pencuci muka yang sesuai untuk jenis kulit anda di sini ↩
http://bit.ly/2ox9tkK

Langkah 2: Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu dengan pencuci Anti-Bakteria 

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

Langkah 3: Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

Langkah 4: Letak amaun yang secukupnya di jari, kemudian titik kan di 5 spot muka, iaitu pipi kiri dan kanan, dahi, dagu dan hidung.

Langkah 5: Urut dengan lembut pada setiap bahagian. 

Selain cuci muka urutan juga perlu dilakukan pada wajah. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

Elakkan mengguna jari telunjuk kerana ia akan memberikan tekanan yang terlalu kuat pada kulit. Guna jari tengah dan jari manis.

Langkah 6: Buat urutan membulat dan arah ke luar untuk menegangkan kulit.

Utamakan bahagian T-zone kerana di situ yang kerap bermasalah dan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini.
Jadi, lebihkan perhatian pada T-Zone semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali iaitu pada waktu pagi dan malam.

Langkah 7: Cuci Dengan Air Suam 

Cuci muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem; terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

Langkah 8: Jangan Lap Dengan Tuala

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

Dah baca dan hadamkan step by step ni kan.
Jangan lupa praktikkan yer.
Supaya kulit wajah yang HALUS & MULUS jadi milik anda.

Health & Beauty Consultant
Nurul Husna

Dalam 1 hari berapa kali korang cuci muka? Actually dalam sehari atleast 2 kali korang kena cuci muka. Pagi dan petang. Jangan kerap ...

0 comments: