5 amalan untuk mengelakkan kulit kering pada musim panas

2/26/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Nampaknya sekarang dah musim panas pulak.
Air parit depan rumah Una pun dah kering.
Kalau tak bukan main lagi nampak ikan bersuka ria melompat-lompat.
Bangau pulak dok aim elok je nak tunggu masa sesuai nak sambar ikan tu.

Tapi bila air dah surut
Parit dah kering
Batang hidung ikan dan bangau pun tak nampak

Terpanjang pulak cite pasal ikan ni.


By the way
Musim panas ni
Kita pun tak terlepas jugak nak rasai efek nya.
Badan mudah dehidrasi kalau tak minum air 3 liter sehari.

Tapi rasanya time ni la paling cukup minum 3 liter air
Sebab dahaga saje
Jap-jap minum air

Bagus sebenarnya banyakkan minum air ni
Dapat atasi masalah kulit kering

Selain daripada banyakkan minum air kosong
Ada 5 tips yang anda boleh amalkan untuk atasi masalah kulit kering.

💅1. Pakai sunblock sebelum keluar rumah.

Duduk dalam rumah nak pakai pun lagi bagus.
Sebab sinar UV sebenarnya boleh tembus dinding rumah jugak.
Boleh consume yang ada SPF50.

💅2. Jaga pemakanan
Banyakkan makan buahan dan sayuran.
Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.
Goreng tanpa minyak @ guna air fryer ok.

💅3. Pakai masker
Rajin-rajin la pakai masker.
Kalau sebelum ni sekali seminggu.
Kerapkan 2-3x seminggu pulak.
Boleh samada nak guna masker buatan sendiri ataupun beli topeng masker.

💅4. Pakai krim malam sebelum tidur
Krim malam ni bukan je bagus untuk repair sel kulit semasa tidur.
Tapi turut melembapkan kulit.
Kulit rasa soft & moist je bila bangun dari tidur pagi esok nya.

💅5. Amalkan suplemen
Boleh juga amalkan suplemen untuk bekalkan nutrien penting yang kita tak dapat daripada makanan harian.
Kulit yang tidak mendapat nutrien yang lengkap pun boleh jadi faktor kepada masalah kulit kering.

Love 💖
Una Zack
#cikgucantik
Founder Team Sirius Hebat

Nampaknya sekarang dah musim panas pulak. Air parit depan rumah Una pun dah kering. Kalau tak bukan main lagi nampak ikan bersuka ria m...

0 comments: