8 Tips Melebatkan Rambut Tanpa Perlu Ke Saloon Mahal

2/13/2018 Unknown 0 Comments

Semalam, semasa AJL encik suami bersuara,

"Artis-artis ni kalau ada program macam ni mesti nak buat rambut kan."

"Yelah, nak jalan atas red karpet. Kena la cantik."

Betapa rambut tu antara aset yang perlu dijaga.
Jangan kata yang free hair.
Yang bertudung pun sama kena jaga rambut.
Yelah seharian rambut terperap dalam tudung.
Kalau tak dijaga boleh rosak jugak.

Jangan kata perempuan
Lelaki pun sama naik
Mementingkan penjagaan rambut.


Bagi yang berduit boleh la ke saloon je.
Yang tak berduit?
Saloon di rumah je la jawabnya.

Meh Una nak share beberapa tips nak lebatkan rambut tanpa perlu berhabis duit ke saloon mahal.



1. Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.
Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.
Amalkan tiga kali seminggu.

2. Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.
Biarkan sehingga lendirnya keluar.
Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.
Bersihkan rambut dengan air sejuk.
Amalkan dua hari sekali.

3. Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut.
Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.
Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.
Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.
Bilas dengan air bersih.
Lakukan seminggu sekali.

5. Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala.
Kalau tak ada,bolehlah gantikan dengan santan segar.

6. Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.
Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.
Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.
Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.

7. Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.
Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.
Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.
Kacau rata dan simpan semalaman.
Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.
Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

8. Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.
Setelah sejuk embunkan selama satu malam.
Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.
Kemudian baru dicuci.
Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
Lihat hasilnya.

Bagi yang malas yang prepare bahan-bahan ni, boleh ambil langkah mudah dengan menggunakan Fury Serum khas untuk lelaki yang mempunyai masalah rambut gugur dan rosak atau daripada rangkaian produk ajwa hair.

Semalam, semasa AJL encik suami bersuara, "Artis-artis ni kalau ada program macam ni mesti nak buat rambut kan." "Yelah, ...

0 comments: