Orang islam wajib kaya

2/10/2018 unazack Husna 0 Comments

Semalam sambil-sambil bersilat kat dapur sempatlah buat sesi meluahkan perasaan pada encik suami.

Luahkan perasaan yang selama hidup ni Una sangat jeles dengan seorang hamba Allah ni
Beliau sentiasa bernasib baik
Apa yang Una nak dia dapat

Kerja yang bagus
Gaji besar
Dapat bantu keluarga

Kata suami, "Tak apa la. Dah rezeki dia. Tak senang kat dunia pun tak apa. Mana tau senang di akhirat."

"Sebab tu la kena kaya. Bila kita banyak duit kita boleh tolong ramai orang. Mana tau boleh tolong kita senang kat akhirat"

Honestly, dulu Una bercita-cita nak hidup biasa-biasa je.
Hidup yang sederhana.
Tak perlu kaya raya sangat.
Tak ada rumah besar macam banglo pun tak apa.
Tak ada kete roll royce pun tak apa.
Kalau ada kete mahal-mahal tapi roadtax illegal..baik tak yah.­čśť

Cukup sekadar nak beli apa pun dapat.
Tak perlu berhutang.
Tak perlu susahkan orang.
Konon kalau kaya nanti lupa diri

Kalau dah dok fikir lupa diri.
Lupa diri la jadinya.
Cuba ubah mindset
Bila kaya nak sedekah RM10,00 sehari
Nak tolong anak yatim
Nak tolong orang susah



Baru-baru tengok cite #ctdkation
Betapa bestnya Dato K sponsor seluruh family dia bercuti.
Siap dapat duit poket lagi.
Manakala isterinya diberikan kad kredit terus.
"Wah, bestnya!!"
Dah macam trip shaklee je.
Fully sponsored.

By the way
Masa sekolah dulu
Terpengaruh dengan cite meteor garden
Nak boyfriend @ suami kaya
Macam Dao Ming Si
Sampai boleh bawak Shan Cai bercuti sehelai sepinggang je
Siap shopping beli baju lagi
So teringin nya nak merasa bercuti macam tu
Tak yah penat-penat packing bag

Tapi lagi best kalau shopping guna duit sendiri
So tak perlu nak segan-segan nak bershopping
Dapat pulak sponsor percutian seluruh ahli keluarga
Secara tak langsung kita pun happy bila tengok ahli keluarga happy.

Semoga dalam tempoh 20 tahun lagi Una berjaya capai lifestyle macam ni.

Semalam sambil-sambil bersilat kat dapur sempatlah buat sesi meluahkan perasaan pada encik suami. Luahkan perasaan yang selama hidup ni Un...

0 comments: