Cara merawat ketuat tanpa memerlukan rawatan laser atau berbelanja besar

12/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

merawat ketuat tanpa pembedahan


(Maaf yer jika dalam entri ni saya masukkan rupa ketuat sebenarnya. Sebab saya fobia dengan biji-biji or lubang-lubang..hihihi...kalau nak tau rupa ketuat sebenar pembaca boleh google aje)

Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus human pappiloma. Ketuat biasanya kelihatan pada jari, kaki, alat kelamin. Kawasan yang dijangkiti ketuat akan timbul dan menjadi keras.

Ketuat bukanlah dipengaruhi oleh faktor keturunan. Tetapi mereka yang mempunyai kurang daya tahan diri sangat mudah dijangkiti ketuat. Ada yang sehingga ketuat berulang kali timbul dan bersilih ganti di tempat yang berbeza.

Apakah rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ketuat?


(Maaf yer jika dalam entri ni saya masukkan rupa ketuat sebenarnya. Sebab saya fobia dengan biji-biji or lubang-lubang..hihihi...kala...

5 comments:

Manfaat pengambilan kolagen pada tubuh yang anda tidak tahu

12/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips kecantikan wanita

Makanan tambahan berasaskan kolagen kini banyak dipasaran dan mudah didapati dengan harga yang mampu milik. Hampir setiap wanita mengambil makanan tambahan ini kerana mereka percaya manfaatnya dari segi kesihatan.

Jesteru itu bagi mengekang kedutan dan kelancaran sendi, pengambilan makanan tambahan dengan kolagen akan membantu. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum mengambilnya kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan kepada tubuh. Berikut ialah kelebihan pengambilan suplemen kolagen kepada tubuh:

Kulit


Kesan pengambilan kolagen akan; -menegangkan kulit yang berkedut sehingga 13%.
-menghaluskan kulit melambatkan kekenduran kulit
-mengecilkan pori-pori
-menghilangkan selulit

Makanan tambahan berasaskan kolagen kini banyak dipasaran dan mudah didapati dengan harga yang mampu milik. Hampir setiap wanita meng...

0 comments:

Cara membetulkan bayi songsang supaya boleh bersalin secara normal

12/26/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips untuk bersalin secara normal

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel mengenai bayi songsang dalam majalah pa&ma. Walaupun saya belum pernah ada pengalaman bayi songsang, namun ianya satu info yang sangat berguna. Yelah, perkara macam ni bila-bila je boleh berlaku pada sesiapa je.

Jadi saya ingin ambil peluang berkongsi info yang saya perolehi ini dengan pembaca sekalian.

Hati ibu mana lah yang tidak risau bila dapat tahu bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang. Kedudukan sebegini sekiranya berterusan ke akhir kehamilan akan mengundang pelbagai risiko.

Mungkin ramai jugak yang macam saya, tertanya-tanya bolehkah bayi diselamatkan dan dilahirkan secara normal?

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel mengenai bayi songsang dalam majalah pa&ma. Walaupun saya belum pernah ada pengalaman ba...

0 comments:

10 Tips hadapi anak cerewet makan supaya tak perlu berperang di meja makan

12/23/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

anak tak nak makan

Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan anak-anak. Jesteru, ibu bapa perlu kreatif menarik minat anak untuk makan.

Untuk entri kali ini saya akan membincangkan satu masalah yang boleh dikatakan dihadapi oleh majoriti ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil. Masalah tersebut adalah bagaimana mahu menghadapi anak-anak yang terlalu memilih untuk makan, lebih dikenali dengan istilah 'picky eater'.

Menurut kajian, hampir 40 peratus kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun cerewet makan. Hal ini kerana mereka hanya makan makanan yang mereka gemari dan tidak makan makanan yang mereka tidak suka. Perkara ini menyebabkan makanan yang diambil tidak seimbang seperti mana yang terdapat dalam piramid makanan.

Masalah cerewet makan sebenarnya normal dalam perkembangan kanak-kanak. Pada waktu ini berlaku tindak balas dalam diri mereka terhadap sesuatu yang baru dan mereka akan lebih berhati-hati serta mudah syak wasangka. Masalah ini tidak berlarutan tetapi akan berubah apabila usia mereka mencapai lapan atau sembilan tahun.

10 Tip hadapi anak cerewet makan


Cerewet makan adalah normal dan biasa dalam kalangan anak-anak. Jesteru, ibu bapa perlu kreatif menarik minat anak untuk makan. Unt...

0 comments:

Pak yus dalam kenangan; perginya seorang seniman berbakat besar

12/15/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Sebenarnya entri ni dah ditaip sehari selepas pemergian arwah, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk publish.

Perginya seorang pelawak Malaysia yang berbakat besar, seolah-olah terasa dunia lawak Malaysia jadi sunyi dan suram. Walaupun saya sekadar salah seorang daripada berjuta peminatnya, dan arwah bukan kenal saya pun..entah kenapa saya rasa sebak. Seolah-olah ahli keluarga terdekat saya yang pergi menemui Allah. Mungkin disebabkan selama ni hari-hari saya diceriakan dengan lawak-lawaknya yang bersahaja.


Sebenarnya entri ni dah ditaip sehari selepas pemergian arwah, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk publish. Perginya seorang...

0 comments:

4 penyakit yang biasa dihidapi oleh Wanita Hamil

12/15/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


masalah ketika hamil

Kehamilan adalah salah satu 'moment' yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup seorang wanita. Kehamilan merupakan proses kehidupan yang sangat unik. Tubuh akan mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan janin di dalam rahim. Selain kenaikan berat badan, terdapat perubahan hormon yang dapat menimbulkan komplikasi kepada tubuh seseorang wanita yang sedang hamil.

Antara beberapa komplikasi kehamilan/ penyakit yang umum dihadapi setiap wanita hamil seperti;

Kehamilan adalah salah satu 'moment' yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup seorang wanita. Kehamilan merupakan proses keh...

0 comments:

Panduan persediaan untuk berpantang sendiri supaya tak susahkan ibu di kampung

10/19/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments



Pengalaman berpantang di kampung dijaga oleh ayah dan kakak ipar selepas bersalin anak sulong rasanya sudah cukup untuk dijadikan panduan buat saya. Jadi selepas bersalin anak kedua saya memilih untuk berpantang sendiri. Selain daripada faktor tak nak berjauhan dengan suami yang jauh di selatan manakala saya di utara, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk berpantang sendiri.

Dah namanya pun berpantang sendiri, jadi segalanya saya urus sendiri..daripada urusan diri sendiri, anak-anak dan rumah di samping mendapat bantuan suami pada awalnya selama seminggu. Alhamdulillah masa berpantang tu saya diberikan kesihatan yang baik jadi langkah saya tak lah terlalu terhad.

Walaupun berpantang sendiri saya tetap tak ngelat yer. Saya tetap mandi dengan air mandian daun herba (pilihan saya pek mandian keluaran TYT, ada dijual di toko jamu), saya bertungku sehari 2 kali (pagi dan petang), mengurut, berbengkung dan jaga pemakanan. Bab makan ni saya cuma elakkan makanan yang gatal seperti ayam, udang, sotong, ketam, ikan yang bermisai (contoh ikan keli dan ikan ..). Bab ikan bermisai ni mak sedara yang pesan. Jadi ikut jela pesan mak bidan berpengalaman ni.

Pengalaman berpantang di kampung dijaga oleh ayah dan kakak ipar selepas bersalin anak sulong rasanya sudah cukup untuk dijadikan pan...

2 comments:

Kenali 6 pantang larang semasa berpantang selepas bersalin

10/18/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

berpantang selepas bersalin


Dalam entri saya sebelum ini ada saya bincangkan kepentingan berpantang buat ibu-ibu selepas bersalin. Jadi kali ini saya nak panjangkan lagi topik ni dan kongsikan pantang larang semasa berpantang. Pantang larang ni pun bertujuan untuk memelihara kesihatan tubuh badan juga.

Jom kita check satu persatu pantang larang berpantang ni yer.

#1 Mandi dengan cara duduk di bangku

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku. Cara ini bertujuan untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk dibangku, anda tidak perlu menggunakan banyak tenaga disebabkan ibu baru bersalin masih dalam keadaan lemah untuk berdiri lama.

Dalam entri saya sebelum ini ada saya bincangkan kepentingan berpantang buat ibu-ibu selepas bersalin. Jadi kali ini saya nak panjan...

0 comments:

Amalan berpantang; Perlukah berpantang selepas bersalin atau sekadar amalan turun temurun?

10/14/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

kesan akibat tidak berpantang


Berpantang selepas bersalin menjadi amalan turun temurun masyarakat Melayu. Apakah kaitannya berpantang ini dari segi kesihatan diri? Adakah ia benar-benar disarankan dari segi perubatan?

Tidak dinafikan lagi amalan berpantang sangat-sangat la digalakkan. Waktu berpantang hanyalah 6 minggu atau selama 42 hari sahaja. Tapi ada jugak yang berpantang selama 100 hari.

Mengapa perlu berpantang selepas bersalin?

Berpantang selepas bersalin menjadi amalan turun temurun masyarakat Melayu. Apakah kaitannya berpantang ini dari segi kesihatan d...

0 comments:

Cara mengenal pasti masalah rahim jatuh dan langkah-langkah mengatasinya

10/14/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mengatasi masalah rahim jatuh


Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita. Kalau masa pantang, waktu mengurut tu mak bidan biasanya akan mengamalkan ‘sengkak’ kerana dipercayai mampu menaikkan semula rahim selepas bersalin. Sakitnya tak usah cakap boleh nangis, siap ada bunyi ‘kluk’ lagi. Tapi lepas aje mengurut dan angkat peranakan tu badan rasa lebih segar dan ringan. Itulah penting adanya mak bidan datang mengurut selepas bersalin selain amalan pantang yang betul.

Kenapa masalah rahim jatuh ni sangat membimbangkan wanita?


Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila keseluruhan rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat masalah ini. Nauzubillah.

Simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut;

1. Waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.

Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita. Kalau masa pantang, waktu mengu...

0 comments:

Cara cepat legakan sakit tekak supaya suara jadi bak buluh perindu semula

10/14/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara atasi suara serak


Bila musim panas, sudah semestinya kerap minum minuman berais. Memang senang sangatlah nak kena sakit tekak. Tapi siapa yang nak sakit tekak kan..Rasa sakit yang kadang-kadang jadi sangat perit kalau dibiarkan. Kesannya susah nak bercakap, makan dan minum.

Jadi ada ke cara paling cepat untuk legakan sakit tekak ni? Sudah semestinya lah ada. Lebih baik CEGAH sebelum ianya PARAH !!

Bila rasa perit di tekak, anda boleh amalkan beberapa cara di bawah;

#1 Banyakkan minum air

Jika anda kerap minum air, insyaAllah dalam masa 2-3 hari sakit tekak akan sembuh.

Bila musim panas, sudah semestinya kerap minum minuman berais. Memang senang sangatlah nak kena sakit tekak. Tapi siapa yang nak saki...

0 comments:

Tips skor A dalam Fizik SPM yang sering dianggap subjek yang susah

10/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

tips skor a dalam spm

Lebih kurang 30 hari lagi dah pelajar tingkatan 5 dan bakal calon SPM akan menduduki peperiksaan. Dalam tempoh yang sesingkat ini masing- masing dah tak boleh duduk diam nampaknya tapi tak kurang juga yang masih dalam comfort zone, still dalam mood honey moon.

Dan sebab itulah menderu-deru whatsapp dan SMS yang saya terima untuk dapatkan tips untuk score dalam SPM. Nasihat saya cuma jangan sia-siakan sisa waktu yang ada.


  • Gunakan masa sebaiknya untuk buat revision. 
  • Listkan di antara bab yang lemah dan yang dah skor mengikut subjek.
  • Kerap berjumpa guru untuk diskus bab yang masih lemah.
  • Dan jangan terlalu study hard tetapi study la secara smart.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar tuisyen subjek Fizik SPM yang dah lebih 5 tahun, saya ingin kongsikan beberapa tips berguna untuk skor A dalam subjek Fizik. Tips ini boleh dijadukan panduan awal kepada pelajar tingkatan 4 dan rasanya masih belum terlewat untuk pelajar tingkatan 5 untuk mengaplikasinya.

Lebih kurang 30 hari lagi dah pelajar tingkatan 5 dan bakal calon SPM akan menduduki peperiksaan. Dalam tempoh yang sesingkat ini masing- ...

1 comments:

Peluang menjana pendapatan dengan bisnes spa tanpa modal besar

10/04/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara menjalankan bisnes spa mobile



Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat ini setiap orang sanggup mencuba pelbagai bisnes buat untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi dengan modal yang besar belum pasti akan mengaut keuntungan yang besar.

Tanpa modal yang besar dan tanpa perlu berhutang, mahukah anda belajar bagaimana menjalankan bisnes spa mobile?


Peluang ini terbuka kepada suri rumah, graduan menganggur, mahasiswa yang ingin menjana pendapatan sampingan atau sesiapa sahaja yang meminati bidang kecantikan dan kesihatan. Anda berpeluang menjana pendapatan harian sekurang-kurang nya RM100 sehari tanpa perlu menyewa kedai.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat ini setiap orang sanggup mencuba pelbagai bisnes buat untuk menjana pendapatan sampingan...

0 comments:

Ubat kesuburan yang membantu merawat cyst dan fibroid tanpa pembedahan

10/03/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Ubat untuk cyst dan fibroid

Gla Complex ; 'Ubat' untuk kesuburan


Gla atau nama panjangnya gamma linolenic asid adalah asid lemak omega 6 yang paling terkenal. Gla boleh didapati di dalam susu badan ibu, dalam biji primrose & buah blackcurrents.

Gla adalah perlu untuk kesihatan manusia, tetapi badan tidak bole menghasilkan gla. Jadi kita perlu dapatkan sumber gla melalui makanan.

Gla diekstrak drpd biji benih tumbuhan yang bernama borage. Bunga borage ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Kanada. Nama lain borage ialah '' bargao officinalis ''

Kebaikan GLA COMPLEX kepada masalah wanita


1. Membantu mengawal & mengatur kitaran haid
2. Meningkatkan kesuburan
3. Melegakan pms
4. Membantu dlm menangani menopause
5. Melegakan symptom akibat rhematoid arthritis
6. Mengandungi vit E untuk menguatkan dinding arteri
7. Mengurangkan ' blood cloth ' yg menyebabkan serangan jantung

APA BEZA GLA DENGAN EPO

Gla Complex ; 'Ubat' untuk kesuburan Gla atau nama panjangnya gamma linolenic asid adalah asid lemak omega 6 yang paling te...

0 comments:

Cara mudah dan berkesan mengatasi masalah semut yang banyak di rumah

10/01/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Korang perasan tak semut sekarang seolah-olah berevolusi je.. Kalau dulu semut hurung benda manis je tapi sekarang benda/makanan tak manis pun ada semut. Tengok je la jag/bekas yang berisi air putih pun ada semut. Ke air putih pun ada rasa manis jugak?

Actually rumah saya pun tak terkecuali. Setiap hari, di mana je ada semut. Tambah-tambah bila ada anak yang sedang membesar ni, makan mana dan je....dengan bersepah-sepah lagi, maunya tak bersemut. Pulak tu depan rumah ada pokok mempelam/mangga, memang jadi lokasi strategik 'diorang' untuk menetap la. Sepanjang masa ada je perbarisan diorang dari pokok tu ke rumah.

Lebih stress bila bilik tidur pun jadi kawasan diorang. Walaupun begitu, saya sebenarnya suka perhatikan tabiat semut ni. Walaupun sibuk bekerja untuk cari makanan, bila berjumpa dengan kaum nya mesti ia akan stop sekejap. Seolah-olah macam bersalam-salaman dulu.



Korang perasan tak semut sekarang seolah-olah berevolusi je.. Kalau dulu semut hurung benda manis je tapi sekarang benda/makanan tak mani...

0 comments:

Panduan merawat lelaki tidak subur yang tertekan sebab tak sabar nak zuriat

9/30/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

"Bila nak kahwin? Umur dah meningkat tak kan nak membujang lagi kot.."

"Bila nak ada anak? Tak kan dok honeymoon lagi.."

Ini antara soalan paling famous setiap kali raya bila berkumpul dan berjumpa sanak sedara.. Soalan yang tak pernah ada jawapan nya.

Bagi yang tak kahwin mungkin akan dicop terlalu memilih, manakala yang dah berkahwin dikatakan mandul pulak. Tanggapan macam ni la yang buatkan ramai di antara kita memilih untuk jadi anti sosial je. Mana tahan kalau tiap-tiap tahun nak menjawab soalan yang sama. Bila dah stress, emosi jadi tak stabil akibatnya mereka yang dah rumah tangga boleh jadi gaduh.

Sebelum ianya jadi lebih teruk apa kata cari penyelesaian segera. Masalah tidak subur tidak boleh hanya menyalahkan wanita sahaja kerana berdasarkan kajian 20% daripada masalah ketidak suburan datangnya daripada suami. Jadi buangkan ego anda, pergi bersama-sama isteri anda untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah yang sebenar.

cara merawat lelaki tidak subur

"Bila nak kahwin? Umur dah meningkat tak kan nak membujang lagi kot.." "Bila nak ada anak? Tak kan dok honeymoon lagi....

0 comments:

Tanda-tanda bahawa kelahiran sudah dekat yang perlu suami isteri tahu

9/29/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments

tips untuk ibu hamil

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran pertama mesti tertanya-tanya macam mana nak tau yang saat bersalin atau kelahiran dah nak dekat. Maklum la belum ada pengalaman. Even yang dah ada pengalaman pun kadang-kadang still lupa bagaimana rasanya sakit contraction.

Actually sebelum nak rasa sakit contraction tu, ada beberapa gejala awal untuk mengetahui saat bersalin dah nak dekat. Ianya sebagai persediaan untuk melengkapkan peralatan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital dan secara tak langsung membuat persediaan dari segi emosi dan mental.

Berikut merupakan tanda-tanda awal sehingga kelahiran sudah mula hampir. Bagi yang sedang menunggu hari boleh tick sebagai checklist anda yer.

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran pertama mesti tertanya-tanya macam mana nak tau yang saat bersalin atau kelahiran dah nak de...

2 comments:

Cara mudah untuk kurus dan kempiskan perut supaya nampak segak beruniform

9/28/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mudah nak kurus


Kebiasaanya, kaum lelaki ni bila dah berumah tangga mesti cepat je perut naik. Dah mengalahkan isteri yang tengah hamil 6 bulan. Akibatnya suami-suami yang beruniform dah nampak lebih tua dari usia sebenar. Lebih teruk lagi baju uniform yang membuatkan mereka nampak lebih kacak tapi kelihatan menyeksakan pulak.

Seperti yang kita tahu, terlalu banyak produk perlangsingan yang dijual di pasaran. Akibatnya ramai jugalah yang mudah terpengaruh dengan testimoni dan ingin memcuba produk tersebut. Sebenarnya produk-produk ini sekadar membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Anda tetap perlu menjaga pemakanan dan bersenam untuk tampil kurus secara sihat.

Bukan mudah jugak nak cantik dan kembali kurus buat encik suami yang dah selesa ada tukang masak di rumah ni. Kalau tak makan nanti isteri merajuk pula yer.

Tapi seandainya anda berdisiplin dan memberikan sepenuh komitmen ianya menjadi mudah. Amalkan dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurang 30 minit setiap hari dan diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat.

Bagi membantu anda kembali kurus secara sihat laksanakanlah cara ini.

Kebiasaanya, kaum lelaki ni bila dah berumah tangga mesti cepat je perut naik. Dah mengalahkan isteri yang tengah hamil 6 bulan. Akiba...

0 comments:

Cara memutihkan kulit wajah secara semulajadi dengan menggunakan bahan dari dapur rumah

9/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mencerahkan kulit

"Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah puteh.."

"Awek lawa..nampak lawa dia pakai NV.."

Ni antara trade mark daripada iklan-iklan produk pemutihan yang selalu je keluar tv..sampaikan anak saya yang sulong asyik dok mengajuk iklan tu.

Setiap hari ada je produk dan brand baru yang keluarkan produk pemutihan. Tapi AWAS !! Tahu tak anda banyak juga syarikat yang hanya menjual instant produk dan di rebranding dan repackaging menggunakan jenama mereka.

Jadi adalah penting anda berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan keberkesanan yang diwar-warkan. Kenal pasti bahan yang terkandung dalam produk terlebih dahulu dan adalah lebih baik mmilih produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) atau jabatan lain yang terlibat. Ini untuk mengelakkan kesan buruk daripada pengambilan produk-produk ini.

Selain daripada pengambilan produk kecantikan dan pemutihan yang ada di pasaran, anda juga boleh kembali ke keadah tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi daripada dapur rumah anda sahaja.

"Qu Puteh..Qu Puteh.. Barulah puteh.." "Awek lawa..nampak lawa dia pakai NV.." Ni antara trade mark daripada...

0 comments:

Anda MESTI turunkan berat badan jika ada salah satu daripada 10 Tanda ini

9/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara menurunkan berat badan


Setiap orang memerlukan lemak tubuh untuk melindungi organ-organ tubuh. Kira-kira 25-31% daripada tubuh adalah lemak. Jika terlalu banyak kandungan lemak dalam tubuh pun tak bagus juga kerana akan menyebabkan kesan sampingan yang sangat serius. Ini termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

Pengurangan berat badan boleh membantu mengurangkan gejala-gejala penyakit kronik di atas seterusnya memperbaiki kerosakan yang telah berlaku.

Tetapi bagi kebanyakan daripada kita memandang remeh terhadap kepentingan berat badan yang ideal. Bagi mereka selagi tidak menghidap sebarang penyakit bermakna tubuh badan masih dalam keadaan sihat. Sedarkah anda bahawa kebanyakan penyakit ini menyerang dalam senyap? Tetapi apabila ia mula dikesan ianya telah pun berada dalam keadaan yang amat serius.

Semoga 10 tanda ini menjadi panduan kepada anda sebagai persediaan ke arah tubuh badan yang lebih sihat. Dan semoga anda terhidar daripada segala penyakit.

#1 Masih lagi BERASA LAPAR walaupun telah makan yang banyak.

Setiap orang memerlukan lemak tubuh untuk melindungi organ-organ tubuh. Kira-kira 25-31% daripada tubuh adalah lemak. Jika terlalu ba...

0 comments:

Cara mengurangkan sakit contraction semasa bersalin tanpa perlu suntikan epidural

8/31/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

cara kurangkan sakit contraction


Setiap ibu hamil kalau boleh nak lalui pengalaman manis semasa melahirkan bayi. Kalau tanya sape2 pun gerenti nak senang bersalin. Tak ada yang sanggup lalui rasa sakit contraction yang mengambil masa berjam-jam dan ada jugak yang berhari-hari.

Actually sebagai wanita, kami tak takut dengan rasa sakitnya nak bersalin. Tapi yang merisaukan bila dah alami rasa sakit berpanjangan sure makin lama tenaga berkurangan..bila dah tak ada tenaga pelbagai komplikasi boleh berlaku sebab dah tak ada tenaga nak meneran. Kami cuma nak pastikan anak lahir dalam keadaan selamat sahaja. Sakit tu sementara je bila dah bersalin dah tengok muka baby hilang la sakit tu.

Kalau nak dicomparekan antara pengalaman saya bersalin anak sulong dan kedua memang berbeza sangat. Semasa melahirkan anak sulong hampir 12 jam saya menahan sakit contraction. Dari bukaan baru 3 cm hinggalah dah 10 cm. Dari jam 11 malam hinggalah 9 pagi baru masuk labor room dan jam 1 tengahari bayi lahir.

Semasa anak ke2, saya mula rasa contraction jam 7 pagi. Tapi masa boleh relax lagi sebab konon nya nak lahirkan awal tahun. Tapi bila contraction makin kerap saya tak ada pilihan. Tapi sakit contraction kali ni bukan macam pengalaman anak pertama. Rasa sakitnya biasa-biasa je.

Setiap ibu hamil kalau boleh nak lalui pengalaman manis semasa melahirkan bayi. Kalau tanya sape2 pun gerenti nak senang bersalin. Tak...

1 comments:

Tips membeli set berpantang yang sesuai agar tidak membazir kerana tidak digunakan

8/20/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

set berpantang shaklee




Set berpantang adalah keperluan wajib buat ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana selepas bersalin kita sangat-sangat memerlukan set berpantang terbaik untuk bantu proses pemulihan badan. Tapi biasalah dah namanya ibu keperluan anak mesti diutamakan terlebih dahulu, settle bab anak yang bakal lahir baru pikir pasal set berpantang, betul tak? Kalau saya memang begitulah.

Sebenarnya ada tips dan panduan juga dalam membeli set berpantang ni. Kalau tengok kat pasaran sekarang bermacam-macam jenama yang available.
Tapi yang mana satu paling sesuai?
Apakah ciri-ciri set berpantang terbaik sebenarnya?

Set berpantang adalah keperluan wajib buat ibu yang baru lepas bersalin. Ini kerana selepas bersalin kita sangat-sangat memerlu...

0 comments:

Tips untuk isteri atasi masalah suami tidur berdengkur

8/18/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

suami tidur berdengkur


Semasa zaman belajar di UPM hampir 10 tahun lepas, setiap kali weekend saya mesti balik ke rumah salah seorang abang saya. Tapi yang menjadi masalahnya bila saya tidur agak lewat, lepas tu sure tak boleh tidur. Bukan sebab dah hilang ngantuk terganggu sebab abang saya ni tidur berdengkur.

Syukur alhamdulillah dah berkahwin ni suami tak berdengkur. Melainkan kalau encik suami penat sangat barulah dia akan berdengkur. Kadang-kadang terfikir macam mana terseksanya isteri-isteri di luar sana yang terpaksa berhadapan dengan suami yang tidur berdengkur seumur hidup.

Mungkin ada yang dah imun dengan situasi tersebut tapi mesti jugak ada yang stress bila tiap-tiap hari semasa tidur di dodoi dengan bunyi dengkur sebelah telinga. Alamatnya esok isteri bangun dengan mata panda.

Atas sebab itulah saya ambil peluang untuk share sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan puan-puan bagi atasi masalah tidur berdengkur suami puan sekalian.

Semasa zaman belajar di UPM hampir 10 tahun lepas, setiap kali weekend saya mesti balik ke rumah salah seorang abang saya. Tapi yang me...

0 comments:

Kenali punca dan cara mengelakkan atau mengatasi BENTAN semasa berpantang

8/18/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 3 Comments

gejala bentan selepas bersalin

Tempoh berpantang adalah tempoh pemulihan buat ibu yang baru bersalin. Namun jika kesihatan tidak dijaga dengan baik, ibu-ibu berpantang mungkin terdedah kepada bentan. Mungkin ramai yang tak pasti apa sebenarnya bentan ni terutamanya ibu-ibu muda. 
Bentan terjadi apabila badan tiba- tiba berasa seram sejuk dan menggigil. Suhu badan meningkat seperti demam, segala sendi berasa sakit dan bisa- bisa urat berlaku.

Apa itu bentan?

Tempoh berpantang adalah tempoh pemulihan buat ibu yang baru bersalin. Namun jika kesihatan tidak dijaga dengan baik, ibu-ibu berpantang...

3 comments:

9 Gejala alahan yang dialami oleh wanita hamil dan cara mengatasinya

8/11/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


 cara kurangkan alahan semasa hamil

Kebiasaannya ibu hamil akan mengalami gejala atau alahan di awal kehamilan. Gejala ini selalunya bergantung kepada tahap kehamilan dan perubahan hormon dan fizikal seseorang dan bagaimana proses mengadaptasi perubahan semasa kehamilan.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi beberapa bentuk alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil dan cara mengatasinya.

  Kebiasaannya ibu hamil akan mengalami gejala atau alahan di awal kehamilan. Gejala ini selalunya bergantung kepada tahap kehamilan d...

1 comments:

Tips mudah untuk bebas hutang supaya dapat elakkan daripada blacklist

8/10/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara elakkan daripada blacklist


Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata. Apa sahaja yang dihajatkan boleh diperolehi asalkan mampu.

Tapi, yang jadi masalah apabila kebanyakan masyarakat kita pada hari ini dibebani dengan hutang. Ini kerana terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk memudahkan kita berhutang.

Lebih menyedihkan apabila ramai di kalangan mereka yang telah diisytiharkan muflis adalah dalam golongan muda. Sepatutnya pada usia muda sebegitu, mereka sedang membina tapak yang kukuh untuk kehidupan masa hadapan. Malangnya, hutang ini telah memusnahkan masa depan mereka.

Abu Hurairah RA berkata; "Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya."

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata. ...

0 comments:

Panduan buat kaum wanita; Cara menangani penjenayah di jalan raya

8/10/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

tips keselamatan buat kaum wanita

Atas peningkatan kos sara hidup dan bagi memenuhi kehendak telah memaksa kaum wanita untuk bekerja mencari rezeki. Akibatnya semakin ramai wanita memandu seorang diri tak kira siang atau malam untuk pergi dan pulang dari kerja. Hal ini telah menjadikan mereka sasaran kaki buli dan penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi apa yang harus anda lakukan jika berhadapan dengan golongan ini.

Kaki buli di jalan raya

Atas peningkatan kos sara hidup dan bagi memenuhi kehendak telah memaksa kaum wanita untuk bekerja mencari rezeki. Akibatnya semakin ram...

1 comments:

Panduan untuk ibu bapa menjaga gigi anak-anak supaya dapat mencegah karies gigi

8/10/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mencegah karies gigi

"Mama...gigi adik sakit!"

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa tatkala mendengar keluhan atau tangisan kecil dari si comel mereka mengenai sakit gigi. Biasanya sakit gigi ini disebabkan beberapa punca yang membawa kepada kerosakan gigi atau keries gigi di antara usia 1- 12 tahun.

Antara punca kerosakan gigi di kalangan anak kecil ialah;

#1 Pemakanan

Aspek pemakanan merupakan punca utama kepada masalah kerosakan gigi ini. Pemakanan yang mengandungi gula seperti susu formula menjadi penyumbang utama kepada karies gigi.

Susu ibu juga mengandungi gula tetapi ia tidak menyumbang kepada faktor kerosakan gigi kerana susu ibu mempunyai antibodi.

#2 Penggunaan susu botol

"Mama...gigi adik sakit!" Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa tatkala mendengar keluhan atau tangisan kecil dari si come...

0 comments:

Resepi pelbagai jenis kerabu

8/09/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Kerabu daging

Gambar ihsan : Google

Bahan-bahan

150g daging (dihiris halus dan direbus hingga empuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris halus)
1 batang bunga kantan (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu jus limau
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kerisik

Kerabu daging Gambar ihsan : Google Bahan-bahan 150g daging (dihiris halus dan direbus hingga empuk) 2 biji bawang merah (dihiris ...

0 comments:

Penyelesaian mudah untuk anak yang tidak gemar makan sayuran dan buahan

8/09/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

anak tidak gemar makan sayur


Nutrisi yang baik amat penting dalam pertumbuhan badan anak-anak ketika mereka membesar. Ini kerana pemakanan yang sihat bukan sahaja mencegah berlakunya pelbagai penyakit, tetapi ia juga membantu menjaga kesihatan tubuh dan merangsang minda mereka menerima sesuatu yang baru.

Isunya, ramai di kalangan ibu bapa tidak mengetahui secara khusus tentang nutrisi yang harus dibekalkan kepada anak-anak. Ini mungkin kerana kurangnya maklumat, tiada masa atau hanya bergantung kepada pengasuh atau pembantu rumah sahaja. Sehinggakan ada ibu bapa yang langsung tidak mempedulikan tentang pemakanan anak-anak.

Nutrisi yang baik amat penting dalam pertumbuhan badan anak-anak ketika mereka membesar. Ini kerana pemakanan yang sihat bukan sahaja...

0 comments:

6 kesalahan kepada punca kerosakan rambut yang sering dipandang remeh

8/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara merawat masalah rambut gugur


Rambut adalah mahkota wanita. Yang menjadi cabaran apabila simpan rambut panjang mesti berisiko alami rambut rosak, keguguran dan kelemumur. Apa yang menyebabkan masalah tersebut adalah kurangnya ilmu tentang teknik penjagaan rambut yang tidak betul.

Berikut adalah 6 kesalahan yang perlu anda elakkan bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan bersinar.


#1 Mencuci rambut setiap hari


Mencuci rambut terlalu kerap tidak sihat untuk kesihatan rambut anda. Waktu subur rambut adalah ketika minyak semulajadi dari kulit kepala mencecah hujung rambut. Hal ini yang menyebabkan pakar menyaranakan pencucian rambut dilakukan 2-3 kali seminggu. Jika anda merasa tidak selesa dengan rambut anda, cukuplah hanya melembapkan rambut dengan percikan air sahaja dan keringkan.

Rambut adalah mahkota wanita. Yang menjadi cabaran apabila simpan rambut panjang mesti berisiko alami rambut rosak, keguguran dan kelemu...

0 comments:

6 Tips Mengekalkan Disiplin dan Semangat bekerja sendiri di rumah

8/05/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips kekalkan semangat bekerja


Semenjak 2,3 menjak ini, pelbagai kes jenayah berlaku kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dengan pengasuh oleh ibu bapa bekerjaya. Sehinggakan ramai ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan menjaga sendiri anak mereka di rumah. Tetapi atas sebab peningkatan taraf hidup kebanyakannya mengambil peluang untuk set up bisnes sendiri dari rumah. Sambil membesarkan anak masih lagi berpeluang menambahkan pendapatan keluarga.

Jangan terkejut kerana ada di antara mereka ni jauh lebih mewah dan berjaya berbanding mereka yang berkerja makan gaji di pejabat. Tetapi memastikan bisnes sentiasa berkembang dan berjaya adalah penting untuk terus mengekalkan semangat dan motivasi.

Berikut terdapat beberapa tips untuk anda yang ingin bergelar atau yang telah pun bergelar WAHM.

Semenjak 2,3 menjak ini, pelbagai kes jenayah berlaku kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dengan pengasuh oleh ibu bapa bekerjaya. Sehing...

0 comments:

5 Tips berbelanja dengan bijak buat si kaki shopping

8/04/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara nak berjimat cermat


Shopping dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ada yang jadikan shopping ni sebagai salah satu terapi. Apa taknya shopping memang salah satu akiviti yang sangat best dilakukan. Walaupun sekadar cuci mata window shopping.

Jangan kata orang, saya sendiri pun macam tu. Agak-agak rasa stress yang amat pergi shopping. Even dapat belikan diri sendiri 1 barang pun jadilah. Balik dari shopping gerenti mood dah jadi baik. Sepatutnya kalau stress pergi buat solat sunat or ngaji ke..hahaha

InsyaAllah sedang berubah ke arah itu. Aminn..

Biasanya kalau tengah bulan, masing-masing beringat la untuk control shopping..tapi kalau dah gaji keinginan nak shopping tu sure membuak-buak tambah-tambah lagi kalau macam SALE tengah OFFER. Semua nak dibeli.

So, berikut beberapa tips yang boleh anda manfaatkan agar berbelanja dengan lebih berhemah.

Shopping dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ada yang jadikan shopping ni sebagai salah satu terapi. Apa taknya shopping memang...

0 comments:

4 Langkah Mendidik Anak yang tak suka Minum Susu Dengan mudah

7/25/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mendidik anak minum susu

Susu amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Malangnya tidak semua kanak-kanak suka minum susu. Samalah macam saya sejak kecik. Lagipun abah dan mak tak mampu nak bekalkan susu tin setiap bulan. Akibatnya sampai sekarang saya tak suka minum susu.

Sebenarnya, ramai yang anggap susu hanya diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bawah umur dua tahun. Tanggapan ni salah sangat-sangat. Sebagai ibu bapa, tolong pastikan supaya jangan sampai anak anda lebih suka minum minuman ringan daripada minum susu.

Kenapa susu amat penting?

Susu adalah salah satu makanan yang kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut bekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.


Walau bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu yang menjadikan ianya sangat spesial. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, seperti aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.

Apa yang lebih menarik lagi, apabila kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang gigi yang kuat.

Keperluan kalsium untuk kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa. Ini kerana pada waktu ini, sel-sel tulang membahagi dengan sangat aktif dan aktiviti ini akan berkurang dengan peningkatan usia. Dan sebab itulah ibu hamil juga amat digalakkan mengambil susu bagi mendapatkan bekalan kalsium yang cukup untuk ibu dan janin.

Ini kerana, dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat buat bayi yang dikandungkan. Serta ibu dapat mengelakkan risiko osteoporosis di usia tua.

Rasulullah SAW sendiri membiasakan meminum susu agar tubuh Baginda sentiasa kuat dan tidak mudah diserang penyakit.

Firman Allah SWT;

"...dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran bagi kamu. Kami beri kamu minum daripadanya apa yang berada dalam perutnya berupa susu yang bersih yang berada di antara tahi dan darahnya. Ia mudah ditelan (diminum)."
(An-Nahl 16:66)

4 Langkah Galakkan Anak Minum Susu


Bagi anak-anak yang memang susah sangat nak minum susu, mungkin langkah-langkah ini boleh di amalkan supaya selepas ni tak perlu lagi 'berperang' dengan anak-anak untuk paksa mereka minum susu.

1. Terangkan kepentingan dan khasiat susu pada tubuh badan mereka. Seelok-eloknya elakkan bagitau kesan buruk jika tidak mengambil susu. Ini kerana, seperti yang ibu bapa tahu anak-anak mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat. 
Nanti mereka 'bereksperimen' pada diri sendiri pulak. Lagipun anasir-anasir negatif sangat mudah mereka ingat.

2. Ibu bapa juga perlu memastikan diri sendiri menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan minum susu setiap hari.

3. Benarkan anak-anak untuk pilih sendiri susu yang berperisa yang mereka minat, tetapi perlu diingatkan susu berperisa tidak digalakkan untuk anak-anak yang ada masalah obesiti. Ini kerana kebanyakan susu berperisa mengandungi gula tambahan.

Pastikan anda periksa tarikh luput yang tercetak pada peket susu. Jangan beli susu yang tinnya dah kemek dan kotaknya dah kembang. Susu juga sepatutnya diminum sebaik sahaja ia disediakan. Jangan biarkan ia terdedah kepada habuk dan kerosakan.

4. Pelbagaikan cara hidangan susu seperti dengan mengisarnya dengan buah atau ais krim. Anda boleh cuba resepi milkshake dan smoothie .

Kalau masih tercari-cari susu yang sesuai untuk anak, anda boleh cuba berikan mereka Meal Shakes minuman multivitamin yang sangat enak.

Susu amat penting untuk tumbesaran anak-anak. Malangnya tidak semua kanak-kanak suka minum susu. Samalah macam saya sejak kecik. Lagipun...

0 comments:

Resepi Milkshake dan Smoothie untuk menarik minat anak-anak minum susu

7/25/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Smoothie Tembikai Susu

Resepi smoothie tembikai susu

Penyediaan untuk 2-3 orang

Bahan-bahan

4 sudu susu tepung

1/2 cawan air

1 potongan wedge tembikai susu

2 sudu besar gula

1 sudu besar madu lebah asli
Ais


Cara penyediaan

Smoothie Tembikai Susu Penyediaan untuk 2-3 orang Bahan-bahan 4 sudu susu tepung 1/2 cawan air 1 potongan wedge tem...

0 comments:

Tips dan panduan membeli rumah pertama supaya tidak perlu sakit kepala menghadapi kenaikan harga sewa rumah

7/24/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips membeli rumah




"BERKELUARGA DAH LAMA, TAPI MASIH LAGI DUDUK MENYEWA."

Rata-rata daripada kita sure terdetik soalan macam ni dalam hati sampaikan ada yang terdesak nak beli rumah. Walaupun nak mengelakkan diri daripada kenaikan harga sewa rumah..kalau sekarang RM600 sebulan, tup-tup tahun depan tuan rumah nak naikkan RM1,000 sebulan.

Masa ni la ligat kepala dok pikir nak cari rumah sendiri. Buatlah keputusan yang bijak samada nak terus menyewa atau terus membeli. Walau bagaimanapun jangan pulak terdesak sampai  salah beli rumah..harga murah tapi lokasi tidak selamat, jauh daripada kemudahan..

Dalam membuat keputusan, ambil kira jugak kemampuan untuk membeli dan membayar secara ansuran. Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk memiliki rumah yang besar je.
Apa yang untungnya jika membeli rumah ni, wang yang anda bayar setiap bulan akan menjadi milik anda dan menjadi aset untuk jangka masa panjang. Kalau nanti dah mampu untuk miliki mahligai yang lebih mewah dan besar, rumah pertama boleh dijadikan sebagai pasif income dengan menyewakannya.

"BERKELUARGA DAH LAMA, TAPI MASIH LAGI DUDUK MENYEWA." Rata-rata daripada kita sure terdetik soalan macam ni dalam ...

0 comments:

Cara hilangkan sakit gigi paling mujarab tanpa perlu jumpa doktor

7/23/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

cara kurangkan sakit gigi



Pernahkah korang terkebil-kebil terbaring atas katil dari waktu tengah malam sampailah ke pagi gara-gara gigi sakit berdenyut-denyut? Puas berbaring, duduk. Puas duduk, berdiri. Tapi sakit gigi tidak hilang jugak. Sampaikan rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je.

Sakit gigi ni boleh bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur atau boleh juga sakit sepanjang masa. Sebab utama sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang atau membengkak.

Sebab-sebab utama radang pulpa adalah:

Karies gigi.

Karies gigi ni kalau dibiarkan untuk tempoh panjang akan jadi sebab utama sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu dan sakit ketika mengambil minuman sejuk.

Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies tiba di pulpa, kuman pulak mula serang. Biasanya kuman karies akan serang melalui saluran akar dan menyebabkan pembentukan nanah @ abses. Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.

Gigi retak (cracked tooth).

Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang biasanya tak nampak pun dengan mata kasar. Ia biasanya berlaku kalau tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut.

Tampalan pada gigi yang dah lama mungkin akan mengalami sedikit kerosakan. Mungkin sebab ada pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini boleh menyebabkan lubang yang boleh bagi laluan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan.

Gusi mengecut (receding gum).

Akibat penyakit gusi yang kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais.

Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.

Selain itu, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu:

Abses pada gusi

cara hilangkan sakit gigi

Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan yang dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi.

Ulser pada gusi berdekatan gigi.

Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.

Sinusitis atau resdung.

Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh menyebabkan rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.

Tips dan petua cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan dan cepat


Majoriti orang sekarang ini, apabila sakit gigi sudah kerap sangat dan sudah tidak dapat tahan sakit lagi, barulah nak pergi berjumpa dengan doktor. Mungkin ada di antaranya bukan lah takut nak jumpa doktor, tapi bila prosedur perlu buat appointment dulu, itulah antara sebab utama tak nak jumpa doktor gigi.

Nak ke klinik gigi swasta memang la cepat tapi caj nya bukan main mahal lagi. Bila ke klinik kerajaan hari-hari tertentu je boleh jumpa doktor. Kena buat appointment dulu la. Apatah lagi bila kena tunggu giliran yang lama daripada sakit sikit boleh jadi lebih sakit. Ataupun sementara giliran tiba sakit pun dah hilang.

Sebagai cara alternatif untuk kurangkan sakit gigi sementara dapat berjumpa doktor gigi mungkin tips di bawah ini boleh diamalkan buat sementara waktu.

Doa  untuk sakit gigi


doa untuk hilangkan sakit gigi

Teh

Korang mesti pernah minum teh uncang atau teh celup itu bukan? Alaaa, Teh yang cuma masukan saja dalam air panas tu. Teh uncang ini juga boleh membantu meredakan sakit gigi dengan meletakan uncang teh yang telah direndam dalam air panas di bahagian yang sakit gigi.

Air Garam
Air garam merupakan salah satu petua lama cara meredakan sakit gigi. Caranya ialah masukan sedikit garam kedalam secawan gelas berisi air panas dan kacau sehingga sebati. Tunggu sekejap sehingga air kurang panas atau suam sebelum anda gunakan air garam tersebut untuk berkumur bagi menghilangkan sakit gigi anda.

Bawang Putih
Ambil dan hiris sedikit bawang putih dan letakan di tempat pada gigi anda yang sakit untuk beberapa jam (kira-kira 2 jam) dan sakit gigi anda akan berkurang sedikit.

Gambir
Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang.


Bunga Cengkih
Guna bunga cengkih dan letakan pada bahagian gigi yang sakit. Anda boleh gigit atau letakan pada bahagian gigi yang sakit dan biarkan beberapa lama. SSelepas itu, sakit gigi anda akan berkurang dengan sendirinya.


Lidah Buaya
Lidah buaya ini memang banyak sangat kegunaan kepada kehidupan seharian kita dan juga seperti di produk perubatan dan kecantikan. Lidah buaya juga terbukti boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi dengan menyapu gel ke bahagian yang sakit gigi. Walaupabaimanapun, cara ini sedikit susah bagi segelintir orang kerana ada yang tidak tahan dengan gel lidah buaya yang diletakan di dalam mulut.

Selain daripada kaedah tradisional di atas, terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi.

vitamin untuk masalah gusi


Vita-C Plus

Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara gusi daripada jangkitan virus dan bakteria.

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria pada pulpa dan enamel. 

Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria yang menyerang pulpa dan enamel gigi.

Boleh lihat testimoni ubat ini DI SINI.

Semoga petua cara hilangkan sakit gigi diatas boleh membantu meredakan sakit gigi anda. Tetapi anda perlu ingat, berbeza dengan sakit ulser mulut bahawa petua diatas cuma dapat meredakan sakit gigi anda buat sementara dan anda tetap masih perlu berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan masalah sakit gigi anda sepenuhnya.


Jika anda ingin mendapatkan vitamin ini anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.

call/sms/whatsapp 016 2222 531


NURUL HUSNA (follow saya FB)

Pernahkah korang terkebil-kebil terbaring atas katil dari waktu tengah malam sampailah ke pagi gara-gara gigi sakit berdenyut-denyut...

5 comments: