Kenapa saya melarang anak sebut perkataan H*N*U

9/12/2017 Unknown 0 Comments

Bila time kamcing macam belangkas..bila time gaduh macam anjing dan kucing.

Sometimes bila kita share cara kita mendidik anak-anak..
Orang nampak macam senang je kan..
Hakikatnya.. kita je yang tau..

Suami Una memang larang anak sebut 👻..
So beliau ajar anak-anak agar agar tukarkan kepada perkataan raksasa @ han han...

Kadang-kadang anak-anak still terlepas cakap..

"Mami, teman la adik/kakak..adik/kakak takut 👻"

Sebabnya kedua-dua beradik ni, Una & suami ajar tidur bilik sendiri..
Kakak dah lulus dah..

Sejak hari pertama pindah masuk rumah sendiri terus nak tidur bilik sendiri..
Walaupun kadang-kadang tengah malam datang tidur bawah ketiak mami jugak..
Ataupun kejut mami or abi temankan dia tidur di bilik.

Adik pulak bila dah lena..
Dah tak risau dah..
Alamatnya sampai pagi la baru dia sedar.
Sebagai persediaan sebelum baby baru keluar nanti.

So bila anak-anak asyik cakap "takut 👻"

Baru-baru ni saya betul kan mindset diorang..
"Kenapa nak takut kan 👻.. Allah kan ada..Allah lagi berkuasa..Allah yang ciptakan 👻 tu..sebab tu mami suruh solat..minta doa banyak-banyak kat Allah..mesti 👻 tu tak berani buat apa2.."

Ingatkan masuk telinga kanan...
keluar telinga kiri..

Rupa-rupanya....
Baru-baru ni sepupu diorang datang rumah..
Asyik cakap 👻..
Si kakak pulak yang menyekolah kan sepupunya..
Sebijik guna ayat mami macam kat atas tadi..
Siap cakap "mami yang cakap macam tu"..

Kalau kita dulu..
Mak tak bagi buat itu ini..
Tapi bila tanya "kenapa tak boleh mak?"
Jawapan mak, "buat je la..dah orang cakap tak boleh tu ikut je la"
Hasilnya kita akan ingkar..
Sebab apa?
Sebab tak puas hati..
Kita nak tau jugak sebab dan akibat nya..
(So baik buruk tindakan kita tu tanggung sendiri la yer)
Hasil nya nanti gerenti setahun tak habis kisah kita jadi HOT TOPIC dalam family..

Disebabkan Una dulu dalam kategori budak nakal jugak..
Dah alami macam-macam perkara nakal..

Sebab itulah...
Bukan sekadar ketika dalam kelas.
Dengan anak2 pun saya akan nyatakan reason kenapa ini boleh buat..itu boleh buat..
Percaya la anak-anak kita memahaminya.
Lagi pun anak-anak zaman sekarang bijak & matang pemikiran diorang..

Lain generasi lain cara asuhan nya..

Sekian bebelan dari Una yang kononnya nak jadi motivator.

Bila time kamcing macam belangkas..bila time gaduh macam anjing dan kucing. Sometimes bila kita share cara kita mendidik anak-anak.. O...

0 comments: