Tips Menguruskan Masa Bagi Ibu Yang Bekerja Dari Rumah

9/26/2017 Unknown 0 Comments


Sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, perancangan dan pengurusan masa sangat-sangat penting.

Ini kerana gelaran sebagai ibu sendiri pun sudah mencerminkan satu tanggungjawab yang sangat besar – menguruskan rumahtangga.

Apa lagi bila ditambah dengan tanggungjawab lain yang tak kurang juga hebatnya.

Lebih-lebih lagi sekiranya kerja yang dilakukan itu berkaitan dengan rangkaian yang terdiri dari anak-anak didik serta pelanggan. Nampak macam sibuk sangat kan?

1. Senaraikan to do list


Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang banyak, sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda.

Haaa...senaraikan je dalam note tadi.

Bila dah selesai buat, pastikan anda tandakan pada list tu.

Cara ni memudahkan kita untuk melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan tugasan yang masih belum dilaksanakan.

Apa yang penting ialah anda perlu bezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu disegerakan.

Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru beralih kepada perkara-perkara penting.

Perkara-perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh.

2. Buat jadual



Satu perkara yang nampak mudah tapi sangat membantu ibu untuk mengurus masa ialah – MEMBUAT JADUAL.

Bila kita buat jadual, kita mula merancang masa kita, dan kita mulai nampak di mana masa kita biasanya kita habiskan.

Tips Membuat Jadual Bagi Ibu Bekerja Dari Rumah.

1. Buat template jadual mengikut hari dan jam (macam jadual sekolah tapi jadual sekolah sampai tengah hari je, jadual kita dari bangun tidur sampailah ke waktu tidur semula). Isikan hari, dan masa.

2. Senaraikan perkara-perkara yang memang dilakukan setiap hari dalam  jadual tersebut. Boleh refer to do list tadi..

3. Perhatikan senarai yang telah ditulis. Analisa..Utamakan perkara yang perlu disegerakan.

4. Potong mana-mana aktiviti yang tidak produktif dan membuang masa.

5. Buat senarai perkara-perkara tambahan yang perlu dilakukan untuk lebih produktif dari segi bisnes dan rumahtangga.

6. Lihat pada jadual asal. Yang mana ada ruang yang kosong, masukkan aktiviti baru yang bersesuaian.

Kesalahan-kesalahan dalam membuat jadual:

1. Tidak mempertimbangkan aktiviti asal sehingga mengganggu kegiatan harian. Misalnya setiap hari perlu memasak sebelum anak pulang dari sekolah, tapi tidak ada dalam jadual. Kehidupan anda akan jadi huru-hara.

2. Membuat jadual baru 100%. Anda mesti ingat, kita sudah ada kerja-kerja wajib dibuat… Jangan terus nak buat jadual baru kerana kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Ingatlah kita ni tak ada masa!

3. Tidak mempertimbangkan keperluan asas harian seorang manusia. Kita perlu berehat, makan, mandi, tidur, bersosial, berkasih sayang… janganlah semua pun dimasukkan hanya perkara-perkara kerja.

4. Terlalu lineant dan tidak ikut jadual. Kita mesti strict dengan jadual kita. Dah buat jadual, jangan tak ikut.

5. Terlalu strict dengan jadual. Kita mesti strict dengan jadual kita, tapi tetap fleksibel. Misalnya kita rancang nak menulis, tapi ada tetamu datang pula. Jangan sampai tak mau terima tetamu (tetamu itu rahmat Allah) atau berada dalam keadaan tak selesa kerana ada rancangan lain dalam jadual kita. Be flexible & enjoy the moment.

Semuanya bergantung kepada minda kita. Kalau minda kita kata “Tak ada masa” maka kita benar2 tak ada masa. Kalau minda kita kata “Aku ada banyak masa” maka banyak benda kita boleh selesaikan. Yang penting, mesti jaga keberkatan masa.

3. Tangguhkan kerja jika ianya tak penting

Bukan semua menangguhkan kerja itu tidak baik tetapi anda perlu kenal pasti kerja jenis apa yang boleh ditangguhkan.

Jika kerja-kerja yang hendak dilakukan itu tidak penting maka tangguhkan atau tinggalkan terus kerja-kerja tersebut.

Contohnya anda merancang untuk survey harga kain di kedai. Ianya tak la terlalu penting kan.

Why not tangguhkan dulu..dan cari nasa lain yang terluang.

4. Tetapkan had masa untuk setiap tugas

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.  Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda.  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.

Kalau agak2 takut terlajak masa..set reminder siap2 di telefon bimbit untuk bantu kita mengawal masa.  Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.

5. Cuba minimumkan penggunaan masa



Sebagai WAHM banyak tugas yang perlu kita lakukan setiap hari..dari memasak, mengemas rumah dan lain-lagi.

Cuba belajar untuk minimumkan penggunaan masa.

Sebagai contoh rancang menu yang ringkas dan mudah penyediaannya. Sekali sekala di hari cuti baru la planning menu yang agak spesel. Walaupun tak ada istilah cuti bagi seorang WAHM tapi bila encik suami ada di rumah..at least dia boleh bantu siapkan kerja yang lain.

Selain itu boleh siapkan mayang @ blend bawang untuk tempoh seminggu. Siang ikan dan ayam siap2. Pagi2 keluarkan siap2 ayam ikan tu..Tengahari nak masak ais pun dah cair. Dalam setengah dah setel masak.

6. Solat awal waktu & banyakkan baca Quran

Ramai yang mengadu tak cukup masa..padahal setiap orang diberikan 24 jam sehari.

Tak ada pun mana2 manusia di muka bumi ni yang dapat 30 jam dalam sehari.

Tapi tak ramai pun yang tahu ada cara untuk kita membeli masa.

Membeli masa ni bukanlah bermakna nanti ada akan dapat extra beberapa jam sehari. Tetapi anda akan rasakan betapa masa tu lambat sangat berjalan.

Caranya ialah dengan mengawalkan waktu solat dan memperbanyakkan baca Al quran.

Sebagai contoh kalau dah masuk waktu zohor tu cepat2 la solat. Tinggalkan dulu kerja.. Bukan lama pun solat 5 minit je..

Nanti insyaAllah ibu-ibu akan rasa masa antara zohor dan asar tu terlalu panjang..sampaikan sempat taip 2,3 entri blog.

Kalau ibu katakan tak sempat nak ngaji...rasanya scroll fb ambil masa lagi lama kot dari mengaji...

Ok dah cukup 6 tips dari saya..
Kalau nak lebih lagi tips..boleh klik tips dari Dr. Azizan Osman ni pulak.

http://azizanosman.com/10-cara-untuk-menggunakan-masa-dengan-baik/

Sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, perancangan dan pengurusan masa sangat-sangat penting. Ini kerana gelaran sebagai ibu sen...

0 comments: