12 jam dalam labor room. Kenapa aku susah nak bersalin?

9/25/2017 unazack Husna 0 Comments



Sejak 2,3 menjak ni banyak pulak viral video ibu-ibu yang sangat mudah bersalin.
Tengah berjalan pun boleh bersalin.
Hat mana yang tengok mesti kagum giler kan..

Tapi korang perasan tak yang majoriti wanita-wanita tu bukan di kalangan muslim
(Majoriti yer...bukanlah kesemuanya)
So rasanya tak yah la nak kagum sangat..
Tak yah la nak banding dengan pengalaman masing2 yang berejam dok dalam labor room tapi baby tak keluar2 jugak..

Kenapa?



Sebab Allah dah janji dosa ibu yang melahirkan akan diampunkan sama macam baby baru lahir..
So sebab tu Dia bagi nikmat sakit sebab dia nak bagi ganjaran besar buat ibu-ibu.

So....
Kalau ada makcik2 bawang yang dok komplen korang susah beranak..
Konon banyak dosa dengan suami..
(Banyak sangat ke pahala diorang dah kumpul..sampai nak jugde orang banyak pahala or dosa tu)
Atleast dosa tu dah pun gugur bersama-sama sakit bersalin tu..

Lagi best ibu yang lepas bersalin ni biasanya muka sangat berseri-seri..
Sebab apa?
Sebab dah bersih dari dosa.

So lepas ni kalau agak2 sentap dengan makcik2 bawang ni..
Ingat je hat ni..
Boleh??

Btw buat rakan2 yang sedang & bakal tunggu hari nak bersalin tu..
Una doakan semoga dipermudahkan..
Semoga anda dan bayi selamat & sihat2 je..
Doakan Una jugak yer..

Sejak 2,3 menjak ni banyak pulak viral video ibu-ibu yang sangat mudah bersalin. Tengah berjalan pun boleh bersalin. Hat mana yang ten...

0 comments: