SABAR SIKIT JE..MESTI ALLAH BAGI YANG LEBIH BAIK

9/08/2017 nurul husna 0 Comments

Orang cakap anak bongsu ni kalau dah dia nak tak boleh nak tunggu-tunggu dah..
Kalau dia kata A maka A la..
Betul la tu..

Memang tak dinafikan saya dulu memang macam tu..
Tapi bila dah bersuami..
Encik suami banyak ajar erti sabar..
Selalu dia cakap..
"Sabar yang..sikit je..kalau kita sabar mesti Allah bagi yang lebih baik.."


So kalau saya rasa nak apa2..
Tapi belum waktu nya untuk memiliki benda tu saya akan ingat kata2 suami ni..

Hari ni saya cuba ajar kepada anak2 erti sabar..
Bila mana..saya habis je kelas anak bujang merengek2 nak suruh belikan kaler..
Padahal ada je kaler kat rumah..

"Adik sabar je..sikit nanti mami beli kaler besar kat adik & kakak..doa je banyak2 kat Allah dulu.."

Memang dah lama saya janji kat kakak nak belikan kaler besar kat dia..
Mulanya masa dia masuk contest mewarna..
Tapi disebabkan result pertandingan keluar lambat lambat lagi..
Dengar kata dalam majlis penutup akhir tahun nanti baru diumumkan semua pemenang pertandingan..
So hold dulu la..
Ingat nak bagi masa birthday..
Tapi haritu celebrate birthday kat kampung..
So mami hold lagi sampai kakak setel pertandingan tilawah tu..
Tujuan mami nak bagi dia buat betul-betul..
Sebab tu haritu kakak takut benar tak boleh buat yang terbaik..
Takut tak dapat kaler besar..

Tapi aisar...
"Adik tak nak kaler besar..adik nak kaler kecik yang seringgit tu je.."

"Kalau kaler seringgit kaler kecik k*n*t je la mami boleh beli.."

Dua2 beradik gelak besar...

Rupa-rupanya dia dah aim nak beli kat kedai mana..
Dengna alasan mami nak balik solat dan kedai tu jauh..
Dia pun terima seadanya je mami bawa pegi kedai lain..

Sampai kat kedai dia terus mencari kaler yang dia nak..
Seperti yang mami dah agak..

Then mami tarik dia tunjuk kaler besar yang mami nak beli kat kakak.


"Kalau adik beli kaler ni..lepas ni mami beli kat kakak sorang je kaler ni..adij dah tak dapat lagi.."

Terus terdiam..
Berbelah bahagi la tu..
Slow-slow dia cakap..

"Tak jadi la beli kaler..adik nak beli buku la.."

Lega..menjadi teknik psikologi mami..

Lepas tu dalam kereta asyik dok cakap..

"Adik nak sabar..nak tunggu mami beli kaler besar.."

Mami yang tengah drive..
Tarik nafas lega..

"Adik dengan kakak doa je banyak2 minta kat Allah.."

"Baik mami..."

Harap2 betul2 la dia boleh bersabar..
Amin ya rabbal alamin..

Orang cakap anak bongsu ni kalau dah dia nak tak boleh nak tunggu-tunggu dah.. Kalau dia kata A maka A la.. Betul la tu.. Memang tak din...

0 comments: