Cara atasi bengkak urat semasa mengandung dengan cepat

9/07/2017 Unknown 0 Comments


Sepanjang pengalaman hamil anak pertama dan kedua.. alhamdulillah Una langsung tak ada masalah..
Sekadar alahan masa awal trimester je la..
Tapi masa hamil anak ke3 ni..
Macam-macam sakit la yang datang.
Termasuklah urat kembang..
Sakit nya mak aih..

Cite nya macam ni..
Masa raya haji minggu lepas...Alhamdulillah ayah Una berkesempatan buat ibadah korban..
Seekor lembu dah dikorbankan..
Setiap 1 bahagian untuk anak & menantu yang nak join korban.

So sebulan before tu ayah dah minta kami adik beradik balik beraya di kampung..
Mula-mula tu Una & suami plan beraya di pontian je..di rumah mentua..macam tu tiap2 kali raya haji..
Sebab cuti yang singkat..jadi kesian kat encik suami nak drive jauh2 Una follow je la dia beraya di kampungnya..

Alhamdulillah raya haji kali ni bersambung dengan cuti sekolah..so encik suami beralah la..lagi pun abah dah pesan suruh balik..

So masa perjalanan balik ke kampung tu ok lagi..
Cergas & aktif..
Boleh ke hulu le hilir deliver bongkah cendawan pada seluruh warga lenggong yang order..
Nak tau pasal bongkah cendawan ni?
Boleh klik di sini...

Hasil daripada 12 jam dalam kereta dan bergerak aktif..
Ditambah pulak dengan cuaca sejuk di kampung..
Esok nya kaki dah stat lenguh2..

Dahlah adik beradik sibuk di dapur masak daging korban untuk jamu orang kampung..
Una cuma tolong potong2 apa yang patut je..
Yelah..perut dah besar nak bangun duduk bangun duduk dah susah dah..
So duduk memotong je la kat bawah..
Baru potong sikit dah tak senang duduk..
Sat melunjur sat bersila..

Panggil encik suami minta urutkan kaki pulak..
Pun tak hilang2..
Petang tu dah start sakit2 sendi..
Terus ambil cinch tea..bancuh dengam 3 biji peppermint ginger plus..
Lega sikit bila angin mula keluar dari badan..

Malam tu lagi teruk..
Langsung tak boleh tidur..
Minta encik suami urutkan..baru urut sikit dah lelap..
Agaknya siang tadi ada la yang salah makan..
Mungkin ketupat..mungkin jugak laksa..
Dua2 makanan berangin & sejuk..

Esok nya sabtu..
Kami sekeluarga dah bergerak balik johor.
Masa dalam kete..memang Una langsung tak senang duduk..
Kaki..tangan...belakang..
Semua dah sakit..
Masa otw tu..
Una whatsapp akak yang selalu ngurut Una..
Nak tanya kot2 esok dia free..
Boleh datang urut...

Alhamdulillah memang rezeki kot..
Esok nya pagi akak tu datang..
Katanya urat2 semua dah kembang dan bengkak..
Tapi tak hilang setakat tu je..
Malam tu sakit lagi..
So Una just sapu minyak panas di kaki & tangan.
Pada masa yang sama Una ambil 3 biji peppermint ginger plus, 6 biji ostematrix dan 4 biji b complex..

Esoknya..
Dah lega sikit.
Cuma lenguh-lenguh je..
Alhamdulillah hari selasa anak dah stat sekolah..
Badan dah rasa segar..
Dah boleh drive..
Kalau tak sebelum tu kaki rasa macam nak cramp bila lama tekan pedal minyak..

So daripada kisah di atas...
Una nak buat kesimpulan

Cara atasi urat kembang semasa mengandung

1. Elakkan makanan yang berangin dan sejuk.

2. Sentiasa memakai stokin. Untuk elakkan kaki sejuk & di masuk angin.

(Especially kalau nak hamil anak ramai)

3. Mengurut pada awal hamil dan hujung kehamilan. Jangan urut pada bahagian sekitar perut. Nanti bagi risiko tinggi pada keselamatan bayi..

Cari pengurut yang berpengalaman dan bertauliah.. untuk mengelakkan urutan yang terlalu kuat boleh menyebabkan darah beku.

4. Bertungku pada bahagian kaki. Bagus untuk melancarkan peredaran darah. Dan dapat atasi kaki cramp atau simpul biawak semasa hamil.

5. Amalkan ostematrix..peppermint ginger plus & b complex shaklee..

Ubat sakit sendi
Untuk tempahan boleh hubungi no.yang tertera pada poster.
Atau klik link di bawah↩

Manfaat ketiga-tiga suplemen ni..

Ostematrix : Untuk melancarkan darah bagi mengelakkan berlaku cramp atau simpul biawak. Membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang bayi... dapat kurangkan lenguh2 sendi akibat kekurangan kalsium.

Peppermint ginger plus : Untuk buang angin dan panaskan badan.

B complex : mengandungi B6 & B12 bagus untuk sendi dan saraf yang sihat.

Selain daripada itu;

✔elakkan mengangkat benda berat
✔jangan pakai pakaian yang ketat
✔angkat kaki selaras dengan pinggang semasa duduk. Jangan bagi kaki tergantung.
✔Jangan berdiri atau duduk dalam tempoh yang lama.
✔Buat senaman ringan setiap hari untuk melancarkan peredaran darah. (Contohnya senaman memanaskan badan)
✔Tidur mengiring sebelah kiri untuk mengurangkan tekanan. (Tekanan saraf paling besar adalah disebelah kanan)
✔Gunakan kasut yang selesa.

Semoga tips dan panduan yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu.
Dan semoga sepanjang tempoh hamil kali ni memberi pengalaman manis kepada ibu.
Saya doakan ibu dan bayi sentiasa sihat dan selamat.

Sekian,

Health & Beauty Blogger
Nurul Husna
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531
--> www.wasap.my/60162222531

Sepanjang pengalaman hamil anak pertama dan kedua.. alhamdulillah Una langsung tak ada masalah.. Sekadar alahan masa awal trimester je ...

0 comments: