Cara Mudah Menanam Cendawan Tiram Kelabu Di Rumah

9/06/2017 Unknown 9 Comments


Minggu lepas...saje la saya update hasil tuaian cendawan tiram di facebook.
Tak sangka pulak ada yang berminat nak menanam cendawan sekali.
So saya & suami decide nak tolong bekalkan bongkah cendawan ni.
Alhamdulillah sambutan amat menggalakan.
Dalam masa 2 hari je dah berjaya terjual lebih 100 bongkah.

Sebenarnya saya pun sekadar tolong encik suami jagakan projek cendawan pelajar-pelajar sekolah.
Tapi atas sebab faktor persekitaran yang tak sesuai di sekolah suami bawak balik ke rumah.
Sambil tu boleh jugak saya isi masa lapang.
Bukan susah pun nak jaga cendawan je..
Lagi senang daripada tanam sayur..
Tanam cendawan anda tak perlu nak baja dan siram pagi petang..
Cukup sekali sehari je..

🌷Kelebihan menanam cendawan sendiri di rumah🌷

menjimatkan wang

Biasanya kita beli cendawan di pasaraya, 1 bungkus dah RM2.00. Kuantiti untuk sebungkus tu sebenarnya sama dengan sekali harvest untuk 1 bongkah.
Setiap bongkah boleh harvest atleast 5 kali.
Nampak tak berapa kali ganda anda boleh berjimat.

Rasa yang lebih enak

Rasa cendawan segar yang baru dituai jauh lebih sedap daripada yang dah lama dipetik.
Rasanya pun lebih rangup.
Kalau buat cendawan goreng tepung memang sedap.
Tak perlu letak garam pun tak apa.
Rasa cendawan fresh tu dah cukup dah.

Dijamin bersih dan halal

Bila dah jaga sendiri..sudah pasti la kita yakin dengan kehalalan dan kebersihan nya.

Dapat beri pengalaman baru kepada anak-anak anda

Bagi ibu bapa yang suka beraktiviti dengan anak-anak...
Jadikan projek cendawan di rumah ni sebagai pengalaman baru buat anak.
Lagipun dalam subjek sains sekolah rendah juga ada diajar tentang candawan @ kulat.

Mesti anak-anak excited bila nampak anak cendawan dah mula tumbuh.
Dan kurang dalam seminggu diorang dah boleh tuai cendawan tu.

🌷Langkah-langkah penjagaan cendawan tiram.🌷

1. Selepas anda terima bongkah cendawan anda...

Keadaan bongkah cendawan yang anda akan terima

Biarkan bongkah tersebut selama 45 hari..
(Tak perlu buat apa2..)
Boleh catatkan; 
Tarikh mula : (tarikh dapat bongkah)
Tarikh akhir : (selepas 45 hari)

2. Ciri-ciri 'RUMAH CENDAWAN' yang diperlukan

✔Tidak terdedah kepada cahaya matahari..
Prefer bilik tertutup...redup & sejuk..

✔Bilik yang bersih dan kering.

Selepas seminggu benih cendawan mula membiak memenuhi ruang bongkah

⏩⏩Selepas 45 hari..

1. Mandikan bongkah setiap hari. Siram bahagian luar bongkah sahaja.

Setelah 40-45 hari seluruh bongkah dah berubah warna. Pada masa ini dah boleh buka penutup hitam dan mula menyiram setiap hari. Pastikan persekitaran tidak terlalu panas. Jangan letak dalam bilik berhawa dingin.

❎JANGAN SAMPAI HABUK KAYU DALAM BONGKAH TERKENA AIR.

2. Jika terdapat kulapuk pada mulut bongkah buang kulapuk tersebut. Boleh menggunakan hujung sudu.

❎JANGAN GUNA TANGAN @ PERALATAN YANG BASAH.

3. Selama tempoh tersebut perhatikan kalau anak cendawan mula tumbuh.
Kalau dah tumbuh..boleh la buka penutup di bahagian hadapan.



4. Teruskan mandi seperti biasa.. bila cendawan dah cukup besar..dah sedia untuk dituai.



5. Selepas cendawan dituai...tutup semula bongkah..tunggu sehingga 10 hari sementara anak benih yang baru pulak keluar.

Berminat nak tanam cendawan tiram ni di rumah juga?

Setiap bongkah hanya RM3.50.
Penghantaran seluruh kawasan Batu Pahat & pos ke seluruh Malaysia.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi;
Nurul Husna
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531
--> www.wasap.my/60162222531

Minggu lepas...saje la saya update hasil tuaian cendawan tiram di facebook. Tak sangka pulak ada yang berminat nak menanam cendawan sek...

9 comments:

  1. Wow.. bagusnya!! 😄😄😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Salam, kak husna... saya berminatlah... boleh ws saya nanti? 01112952376... saya din dok kota bharu...

    ReplyDelete
  3. Assalam puan.boleh wassap sy tak.sy mencari pembekal anak benih cendawan.
    0175930701 din

    ReplyDelete
  4. 0132016917 blh wassap sy x..nk tahu berapa rm anggaran utk 50bongkah tmasuk pos ke kedah.sy br tfikir nk cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi 0162222531 atau klik link whatsapp www.wasap.my/60162222531

      Delete
  5. brapa hrga 10 bongkah cendawan jika dhntar ka muar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi 0162222531 atau klik link whatsapp www.wasap.my/60162222531

      Delete