Cara bertungku yang betul supaya peranakan cepat kecut

9/19/2017 unazack Husna 0 Comments

Cara bertungku yang betul

Dalam banyak-banyak amalan semasa berpantang Una paling suka dan berdisiplin kalau bab bertungku ni.
Masa berpantang anak sulong Una berpantang di kampung.
Abah yang jaga sebab arwah dah lama tak ada.
Masa tu setiap pagi pagi dan petang abah akan akan sediakan 3 biji batu tungku.
Yang jenis besi tu..
Bayangkan lah..dah la berat..
Naik lenguh2 tangan dan pinggang la sebab kena bertungku sampai la batu tungku tu sejuk.

Alhamdulillah..abah banyak jugak tau ilmu jaga orang berpantang.
Sebab masa arwah mak masih ada..
Semua anak menantu yang dalam pantang arwah mak yang jaga.
Almaklumlah arwah mak ni anak bidan kampung.
Dan arwah mak nyaris2 jugak jadi bidan..
Tapi abah tak bagi.
So ilmu yang ada sekadar untuk kegunaan anak sendiri je.

Masa tu pengalaman pertama rasa bestnya bertungku.
Dalam tempoh 3 hari mak bidan yang datang mengurut puji peranakan dah kecut elok.
Dah terletak di tempat nya.


Kelebihan bila bertungku..

✔membuang angin & menghangatkan badan
✔mengecutkan urat
✔badan rasa lebih cepat sihat dan cergas
✔melancarkan peredaran darah
✔mempercepatkan pengeluaran darah nifas
✔Peranakan cepat naik dan kecut
✔Perut cepat kempis
✔mengelakkan tombong usia muda

Jenis-jenis tungku yang biasa digunakan


Antara batu tungku yang biasa orang guna.
Macam Una, Una cuma ada batu tungku jenis besi.
Best nya guna batu tungku jenis ni rasa sedap bila ditekan pada bahagian-bahagian yang berkumpul angin.
Memang sendawa je keluar angin.

Cara menyediakan batu tungku

1. Bakar batu tungku di atas api selama 30 minit. Bergantung tahap kepanasan yang anda ingin. (Untuk tungku jenis batu besi & batu sungai.)
Bagi tungku jenis bantal boleh sambung kan ke suis elektrik.



2. Sediakan kain pembalut dengan daun herba untuk membalut batu tungku tadi.
Kebiasaannya Una guna daun kunyit atau mengkudu.
Setiap daun herba ada manfaat masing2 kepada ibu berpantang.
Lagi best bila bau harum daun tu naik bila terkena batu panas.



3. Letakkan batu tungku yang panas di atas daun tadi. Hati-hati semasa mengangkat. Kalau boleh minta suami buatkan kerana ibu selepas bersalin tidak digalakkan mengangkat benda berat.

4. Balut batu tungku dengan kemas. Boleh juga gunakan pembalut yang dah dikhaskan untuk balut tungku.



5. Sedia untuk bertungku.


Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

1. Bahagian Peranakan


Tujuan bertungku di bahagian peranakan ini adalah untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. 
Peranakan juga perlu dinaikkan ke atas dengan amalan bertungku dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. 
Dan proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir untuk mengelakkan kemudaratan.

Sekiranya peranakan tidak dinaikkan,ia akan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. 
Lakukan proses bertungku di bahagian ini sekurang-kurangnya 25 minit.
Seeloknya gunakan tungku jenis batu besi.

Cara bertungku bahagian peranakan yang betul

1. Tekan batu tungku pada bahagian sekeliling abdomen @ peranakan sahaja.
(Seperti dalam rajah)



2. Jangan letakkan batu tungku pada bahagian tengah perut @ pusat.

3. Tekan ke dalam dan ke atas pada bahagian bawah abdomen.
Dan tekan ke dalam dan ke bawah bahagian atas.
Tekan pada celah-celah tulang sahaja.

2. Lakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang.


2. Bahagian Badan

Bertungku di bahagian ini seperti bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat hendaklah dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. 
Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik dan juga membolehkan air susu keluar dengan lancar. 
Selepas itu barulah beralih ke bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
Seeloknya gunakan tungku jenis batu sungai bulat.

Lakukan selama 5 – 10 minit sahaja.Proses bertungku diteruskan di bahagian ketiak kanan dan kiri, bahagian belikat kanan yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri selama beberapa minit.

Di bahagian tengkuk pula, proses bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. 
Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
Seeloknya guna tungku jenis bantal.


3. Bahagian Bawah

Bertungku di bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. 
Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Lakukan amalan bertungku ni sepanjang tempoh berpantang.
InsyaAllah banyak manfaat yang anda akan perolehi.
Especially mereka nak inginkan perut kempis dan penurunan berat badan yang asal.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu.

Dalam banyak-banyak amalan semasa berpantang Una paling suka dan berdisiplin kalau bab bertungku ni. Masa berpantang anak sulong Una be...

0 comments: