6 asas utama yang diperlukan untuk menjadi WAHM yang berjaya

9/15/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Sejak 2,3 menjak ni ramai jugak ibu-ibu yang bergelar Pengurus Rumah sepenuh masa dok korek rahsia dari mami macam mana untuk jadi WAHM yang berjaya.

Sebenarnya tak ada rahsia mana pun. Tapi apa yang paling penting ialah perlu nya memulakan langkah utama. Perlunya membuat tindakan. Perlunya membuat keputusan.

Jika sekadar berniat atau berminat nak setup bisnes sendiri di rumah tapi tak ada tindakan pun tak guna.

Rata-rata mereka mengatakan tiada duit untuk dijadikan modal untuk memulakan bisnes. Tapi kalau mami katakan ada 1 bisnes yang tak perlukan modal pun..korang percaya tak.


Kalau percaya dan betul2 nak buat boleh hubungi mami 0162222531..nanti mami ajarkan. Kalau sekadar nak tau je mami nasihatkan tak oerlu tahu langsung.

Sebagai persediaan mami sharekan 4 perkara asas ni je yang perlu anda miliki.

Apa 6 asas tu?

#1 Gajet


Gajet semangnya sangat diperlukan oleh mana2 bisnes je samada offline atau online. Kalau online lagi la sangat2 diperlukan. Tak ada gajet memang susah la nak buat promosi.

Gajet boleh terdiri daripada handphone, laptop, tablet dan lain-lain. Bagi mami handphone merupakan gajet paling penting. Tak ada handphone memang tak senang duduk dibuatnya.

Yelah...buatnya customer whatsapp atau kol memang tak dapat nak reply or jawab. Sebab mami tak suka nak bagi customer tertunggu-tunggu. Kena always fast reply or feedback.

Selain itu power bank juga antara gajet terpenting jugak. Kalau di luar especially seharian ber'cod' memang kebarangkalian bateri nak kong sangat tinggi.

So bila-bila je nyawa bateri dan kritikal power bank ada untuk menyelamat.

#2 Internet Connection

Dalam zaman internet, facebook, instagram & whatsapp ni....internet connection samgat2 penting..tanpa internet memang tak dapatlah nak buat marketing secara online.

Kalau harap sms dan mms memang lambat la nak berurusan dengan customer. Dan dengan adanya internet boleh terus waze lokasi bila urusan delivery dilakukan. Incase tak tau jalan.

#3 Account Facebook, Instagram & Blog/website



3 account ni amat diperlukan sebagai medium untuk anda membuat marketing. Kalau tak biat marketing macam mana orang nak tau yang anda adalah seller dan apa yang anda jual.

Bagaimana cara marketing akan diajar di dalam SECRET GROUP setelah anda menyertai team bisnes ni.

Jika tak ada kesemuanya, at least anda memiliki facebook atau instagram sudah memadai.

Di masa akan datang boleh mulakan langkah untuk pelajaran ilmu berblog pula.

Pasaran blog jauh lebih luas dan bertahan dalam jangka yang sangat panjang jika dibandingkan dengan facebook dan instagram.

Pasaran blog boleh meliputi seluruh dunia. Tetapi facebook dan instagram hanya terhad kepada rakan-rakan anda sahaja.

#4 Ready stok



Mengapa ready stok sangat penting?

Biar mami terangkan berdasarkan teori nasi lemak.

Mami kalau nak beli Nasi Lemak, mami suka beli yang dah siap bungkus! Paling best if siap bungkus dgn daun pisang. Memang mengancam lah! Naik bau daun pisang.

3 sebab mami suka beli nasi lemak siap bungkus sebab

1. Cepat
2. Mudah
3. Jimat!

Konsep Nasi Lemak ni mami terapkan juga dalam biznes Shaklee mami di mana mami siapkan 'Nasi Lemak' mami awal-awal supaya bila-bila customer tanya je.

"Kak, ada tak 'Nasi Lemak' ni. Nak tambah lauk yang tu yang ni"

Sy mudah nk jawab

Ada, siap arini!

Ralat sangat kalau nak jawab TAK ADE.
Serba salah pun ada.

Sebab kalau jawab tak ada, patah semangat pelanggan nan beli 'Nasi Lemak' kita!

p/s : perut berbunyi lak lapo Nasi Lemak Daun Pisang

Ibarat,
Ada Gula
Adalah semutnya...

Jadi, sangat penting untuk setiap WAHM get ready stok masing-masing di rumah. Jika tiada modal permulaan untuk buat stok..insyaAllah saya boleh bantu tanpa anda perlu keluarkan sesen pun.

Apa yang penting KERJA KERAS dan KESABARAN yang TINGGI.


 #5 SOHO (Small Office Home Office)



SOHO anda tak.perlu besar dan complete pun.

SOHO mami pun just ada sebuah meja, rak buku di sebelah kiri dan rak stok vitamin di sebelah kanan. Biasanya SOHO mami ni lebih kerap bersepah berbanding kemas. Konon banyak sales masuk la tu. Hahahaha...

Sebenarnya anak2 pun tumpang nak belajar & main kat situ jugak.

SOHO ni jugak la merupakan mini studio saya untuk snap gambar2 vitamin.

Fungsi SOHO ni untuk meningkatkan disiplin seorang WAHM. Walaupun WAHM tak ada waktu khas atau tetap untuk masuk kerja seperti makan gaji..tapi kita perlu khaskan beberapa jam untuk fokus dan siapkan kerja dalam waktu tersebut.

Jadikan kerja anda akan jadi lebih efisien dan berdisiplin. Jika tak ada SOHO maka tak adalah REMINDER untuk ingatkan anda bahawa anda perlu 'masuk kerja'.

Walaupun kadangkala work station mami bertukar ke atas katil, sofa, depan TV. Pendek kata merata2 la. Ikut dan je. Tapi segala documentation boleh difailkan dan disimpan di SOHO. Tak la jenuh nak mencari nanti.

#6 TO DO LIST


Sebagai pengedar shaklee, pengusaha pusat tuisyen, pemandu bas sekolah & pengurus rumah tangga, hari-hari mami sentiasa busy. Busy tapi bersistem 😊👍

So setiap hari, bulan & minggu mami akan plan siap2 aktiviti mami..dari urusan rumah tangga sehinggalah ke urusan bisnes.

Sebab tu lah seorang WAHM wajib ada 'To Do List' ni. Bukan apa sebagai guidelines supaya kerja2 kita disetelkan seperti di rancang.

Walaupun kadang2 ke laut juga tapi mami akan make sure mami ada back up plan walaupun last minit.😁

Cukuplah 6 perkara asas ni dulu.
InsyaAllah lepas ni mami share resepi pantas untuk WAHM yang superbusy.

Sejak 2,3 menjak ni ramai jugak ibu-ibu yang bergelar Pengurus Rumah sepenuh masa dok korek rahsia dari mami macam mana untuk jadi WAHM y...

0 comments: