Senang rupanya buat bisnes shaklee. Patutlah ramai yang nak jadi ejen.

9/09/2016 nurul husna 0 Comments


Bila bergelar housewife kadang kala memang kita rasa stress bila tak ada duit di tangan. Biasalah pompuan macam2 keinginan dia nak. Nak beli baju la..tudung baru la..handbag la..macam2 la dia nak. Nak harapkan suami, duit gaji dia cukup2 je buat bayar hutang dan perbelanjaan bulan2.

Walaupun saya ada memiliki tuisyen center..saya bukanlah boleh suka hati nak berjoli sana sini. Masa tu oun bisnes baru nak naik, so faham2 jela.. Sampaikan gaji sendiri kena tangguh kan dulu.


Sampailah bila pihak kementerian decide mansuhkan PMR dah digantikan dengan PBS. PBS ni bermakna tak ada peperiksaan awam. Dan ini bermakna saya kehilangan pelajar dari tingkatan 1-3. Dan ini bermakna pendapatan tuisyen saya semakin berkurang. Lagi la kena jimatkan perbelanjaan. Sebab selagi boleh saya nak pertahankan bisnes ni untuk masa depan anak2 saya.

Jadi saya berbincang dengan suami nak buat bisnes online. Kenapa bisnes online? Sebab pada masa yang sama saya nak uruskan anak dan keluarga sendiri.

Saya pernah pinjam modal dari suami nak buat bisnes online tudung. Tapi dengan modal kecik (walaupun tak kecik sangat la bagi yang tak berduit ni) saya hanya dapat memborong beberapa helai stok je. Dengan teknik bisnes online yang memang ke laut memang tak balik modal langsung.

Dan saya decide tak nak buat bisnes jual tudung baju dah. Kawan2 ada offer saya buat MLM, insurans tapi saya terpaksa reject sebab bisnes yang banyak bersosial dan keluar rumah ni memang saya reject awal.

Sampailah satu masa saya terpaksa consume produk shaklee sebab sering sakit pinggang masa mengandung anak ke2..tula sape suruh tak minum susu lagi. Ternyata ostematrix tu memang best. Sampai sekarang saya tak miss ambil vitamin putih ni.

Lepas dah berpuas hati upline saya Bainun Samsudin ajak saya join member supaya next time saya boleh beli dengan harga murah. Sambil2 tu dia cucuk jarum ajak saya buat bisnes online.

Dipendekkan cerita saya pun mulakan bisnes shaklee. Walaupun masa tu malu nak post iklan kat fb dan pada masa yang dok pikir ada je orang nak beli. Dahlah aku ni tak bekerja tak ada ofismate nak dipromot..menetap pulak kat tempat orang for sure tak kenal sangat orang kat sini.

Sambil2 belajar biasakan diri post iklan kat fb atas dorongan Nad Zaim (alhamdulillah sangat bila register bawah team yang sangat hebat ni) pada masa yang sama saya belajar berblog..sebab saya ni suka buat kerja underground..saya lebih suka customer cari saya..sebab saya tau sape2 pun tak suka kan bila seller asyik paksa kita beli walaupun katanya tak paksa pun.

Alhamdulillah dengan bimbingan dan bantuan upline juga, saya dah berjaya menakluk kawasan BATU PAHAT. Hampir setiap hari ada je penghantaran di mana-mana kawasan di Batu Pahat, Parit Raja, Benut, Pontian dan Ayer Hitam. Tapi semua proses ni memerlukan masa. Kalau tak ada suami, upline dan team hebat macam ni rasanya saya takkan bertahan selama lebih 2 tahun ni. Dan segala latihan & bimbingan hanya dilalukan secara online melalui group WhatsApp. Sambil siapkan kerja rumah sambil attend kelas couching.

Dan masa ni lah saya ambil peluang mengenali daerah Batu Pahat beserta orang2 nya juga. Tak la rasa terpencil di tempat orang.

Sebenarnya sepanjang saya berbisnes shaklee ni saya hanya keluarkan modal untuk bayaran keahlian sahaja. Selebihnya saya mula simpan stok dengan menggunakan bonus bulanan saya yang pada mulanya hanya RM23. Dan sehingga kini saya setiap bulan pasti shaklee deposit bonus ke akaun saya.

Untuk dapatkan stok shaklee tak susah..hanya perlu login ke www.shaklee2u.com..dengan penghantaran yang cekap pihak courier seawal esok hari stok dah sampai terus ke depan pintu rumah.



Mudahnya berbisnes dengan shaklee

Ada yang nak sertai kami?
Hubungi saya
Nurul Husna 0162222531

Bila bergelar housewife kadang kala memang kita rasa stress bila tak ada duit di tangan. Biasalah pompuan macam2 keinginan dia nak. Nak...

0 comments: