Rumah idaman mami Husna

9/10/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


Sekarang ni umur 25 tahun pun tak mustahil dah boleh beli rumah. Mami dan suami dah 31 tahun baru dapat miliki rumah sendiri.

Sebenarnya dah beli sejak Disember 2013. Tapi baru semalam dapat kunci.



InsyaAllah kalau diberi rezeki mami akan jadikan rumah tu sebagai rumah impian mami.


Semalam masuk tengok pun dah happy sangat sebab saiznya lebih besar dari rumah sewa sekarang ni walaupun sekadar rumah teres 1 tingkat.

Lagipun impian mami bukanlah nak rumah yang besar & bertingkat-tingkar macam istana.

Apa yang saya nak adalah susun atur dalam rumah tu.


InsyaAllah setiap anak akan ada bilik masing2.


Ada rezeki lebih mami nak buat bilik bacaan @ bilik belajar @ perpustakaan mini. Ada mini closet.

Cadangnya nak sambung di ruang garaj. Sebab garaj nya besar. Boleh masuk 4 buah kereta.



Ada laundary room siap dengan ampaian..part ni spesial sikit...ampaian dalam rumah tak yah nak sidai baju di luar. Tapi ada bumbung yang boleh bukak & tutup. Incase hujan tekan suis bumbung akan tertutup sendiri. Yang ni tak tau lagi nak letak di mana.


Ada pulak ofis kecil untuk saya. Yang ni mungkin ruang kecil di ruang tamu atau bilik bacaan tadi.



Ada 1 surau kecil untuk saya sekeluarga berjemaah & bertadarus sama-sama.

..di luar rumah ada kawasan untuk saya bercucuk tanam..jadi kalau nak daun kunyit, pandan, kari dan sebagainya tinggal ambil kat tepi rumah je.


Saya nak buat 1 taman kecil...boleh lepak petang2 dengan family sambil makan pisang goreng..ada pulak kolam ikan kecil. Bila dengar air kolam mengalir rasa tenang & sejuk je kan..

Ruang yang paling penting adalah dapur..dapur yang cantik akan meningkatkan semangat nak memasak. Betul tak?


Ada island nya senang nak sediakan barang memasak sambil anak2 & suami boleh duduk di dapur teman saya memasak. Lengkap dengan kabinet boleh susun pinggan mangkuk..periuk..stok makanan dengan proper.


Semoga impian kecil saya ni dapat saya capai dengan mudah.


Pembaca2 sekalian jomlah berkongsi rumah idaman anda di ruang komen. At least ramai yang membaca dan ramai yang mendoakan.


InsyaAllah.
Amin ya rabbal alamin.










Sekarang ni umur 25 tahun pun tak mustahil dah boleh beli rumah. Mami dan suami dah 31 tahun baru dapat miliki rumah sendiri. Sebenarn...

1 comment:

  1. InsyaAllah.. Semoga segala impian kak una tercapai.. aamiin...

    ReplyDelete