Tips penyusuan Eksklusif: Perlu beli BOTOL atau PLASTIC

9/21/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Storage ebm

Sambungan dari Bahagian 2

Bagi bakal-bakal ibu yang bekerja, korang mesti tengah fikir nak beli yang mana kan? Corak kat storage bottle semua comel-comel, corak kat plastic pun banyak yang comel jugak. Aishh rambang mata! beli dua-dua je lah! 😃



My own experience, masa Imran dulu memang Ayu beli banyak storage bottle. Satu kotak ada 10 botol, excited beli sampai 5-6 kotak. So ada 60 botol. Storage plastic pulak ada la 5-6 kotak. Ada jenama Autumnz (paling best guna), Jingle Jungle, Malish, macam-macam lah. Hehe 😅😅

Lepastu menyesal sendiri, sebab nak simpan dalam freezer tak muat. Bottle ambil banyak space. Bila masukkan dalam deep freezer, berguling-guling botol tu sebab tak tau nak susun macamne. Haha😂

Tips penyusuan eksklusif


Bila anak kedua ni, Ayu cuma beli botol 2 kotak je (ada 20 botol), dan selebihnya beli storage plastic (25pcs/box). Ayu lebih suka beli storage plastic 7oz berbanding yg 12oz sebab lebih mudah nak asingkan susu dan nak handle nanti.

Nak susun pun lebih jimat ruang, boleh nipiskan dan susun cantik2. Skrg simpan dalam deep freezer, boleh susun buat bangunan dalam tu. Hehe.

Kalau korang simpan dalam freezer 2 pintu pun, tak ada la gaduh space dengan ruang ayam daging aiskrim semua tu. Heee 😉

Tapi, storage plastic ni pakai buang tau. Jangan pulak di basuh dan diguna semula ye. 😊

Storage bottle pulak, walaupun BPA free, tapi kalau dah kena air panas selalu, lepas 6 bulan pun BPA buleh terbebas keluar. So kena ganti yang baru jugak. Hehe 😅

Alamak? Habis tu macam mana ni?

Kalau Ayu, sekarangg lebih suka beli storage plastic. Murah pun ye jugak. Kalau tengah harga promo, borong la sekali 5-10 kotak terus. Dalam pelbagai brand plastic, paling best jenama Autumnz, sebab plastic lebih tebal dan senang susun bila dah beku. (brand Pump On The Go pun kualiti sama dgn Autumnz).

So? Tepuk dada, tanya selera. Tepuk bahu suami, tanya duit dia ada berapa. Sebab dia yg tolong belikan nanti. Eh? Haha 😂😂

Okay, nak pegi jalan-jalan cari angin! Babai! 👋👋

😍😍😍😍😍😍😍

Teruskan membaca Bahagian 4

Sambungan dari Bahagian 2 Bagi bakal-bakal ibu yang bekerja, korang mesti tengah fikir nak beli yang mana kan? Corak kat storage bottle...

0 comments: