Kelebihan Shaklee Berbanding Produk Lain Yang Berlambak tu

9/23/2016 nurul husna 0 Comments


Banyak sangat lah kelebihan Shaklee berbanding produk lain; dibangunkan oleh saintis bertauliah, produknya memiliki kajian klinikal, kajian tu pula disahkan oleh pihak ketiga, produknya begitu selamat & berkesan sampai makin ramai atlit Olimpik (gold medalist) menggunakannya, salah seorang board member adalah Saintis Pemenang Nobel Prize dunia, etc.

Serious, banyak sangat.


Tapi satu benda yang produk lain takkan mampu lawan ialah, Shaklee satu-satunya syarikat vitamin di dunia yang berani membuktikan keberkesanan produknya melalui LANDMARK STUDY. Dan kajian Landmark Study ini diakui oleh saintis lain yang tiada kepentingan Shaklee pun.
Dari Mana Datangnya Landmark Study ni?

Pada suatu hari, Dr Gladys Block terfikir nak jalankan kajian ke atas pengamal vitamin. Jadi, beliau mohon ke semua syarikat multi-vitamin di US untuk menaja kajian beliau. Pada beliau, sepatutnya syarikat-syarikat vitamin tu setuju sebab kajian ini akan membuktikan keberkesanan produk yang mereka jual selama ini. Malangnya, tiada satu pun syarikat vitamin yang setuju. Dia pun down…

Kebetulan salah seorang saintis di University beliau; University of Berkeley California, merupakan bekas saintis Shaklee. Bekas saintis Shaklee tersebut mencadangkan untuk mendekati Shaklee untuk penajaan. Dan Dr Gladys Block setuju untuk berbincang dengan salah seorang saintis di Shaklee, Dr Jamie McManus.

Selepas dengar permohonan Dr Gladys Block, Dr Jamie McManus pun mengutarakan idea penajaan tersebut kepada Roger Barnett; Chairman & CEO Shaklee.

Personaliti Utama Disebalik Landmark Study

Kebetulan juga masa tu Roger Barnett baru sahaja selesai mengambil alih syarikat Shaklee. Beliau menghabiskan USD310 juta membeli syarikat Shaklee daripada pemiliknya sebelum itu; Yamanouchi Pharmaceutical.


Bayangkan baru saja menghabiskan jutaan dollar membeli syarikat baru; masih belum betul-betul faham tentang operasi syarikat tersebut. Tiba-tiba ada saintis datang memohon kajian dibuat atas semua pengguna Shaklee. Dan kalau hasil kajian tu nanti membuktikan produk Shaklee tak berkesan seperti yang disangka sekalipun, keputusannya terpaksa diterbitkan di jurnal antarabangsa.

Apa akan jadi pada pelaburannya?
USD310 juta hangus begitu sahaja?

Risikonya terlalu besar. Mungkin sebab itu tiada satu pun syarikat multi-vitamin yang sanggup menaja kajian Dr Gladys Block. Tapi akhirnya Roger Barnett membuat keputusan untuk menaja kajian tersebut.

Sebabnya,

…nak tutup mulut kawan-kawan billionaire beliau yang mempersoalkan pelaburannya dalam Shaklee. Ye lah, billionaire lain melabur dalam syarikat teknologi & internet macam Apple atau Google. Apa barang melabur dalam syarikat vitamin yang langsung tak seksi & lapuk.

Lebih utama,

…dia sendiri nak betul-betul yakin yang produk Shaklee memang benar-benar berkesan & selamat. Atas sebab itu, Roger Barnett letakkan syarat yang kajian tersebut bukan saja membandingkan pengamal multi-vitamin lain dengan yang tidak menggunakan sebarang produk vitamin. Tetapi juga membandingkan pengguna Shaklee yang dah menggunakannya 20 tahun atau lebih.

Ya, kesan menggunakan Shaklee untuk 20-tahun punya cerita!
Maka, bermulalah kajian Landmark Study

Tujuan eksperimen Dr Gladys Block ialah mengkaji sama ada produk multi-vitamin yang punya lah berlambak di pasaran sekarang ini benar-benar berhasil atau sebenarnya membazir sahaja. Juga mengkaji kesan produk ke atas pengamalnya yang dah gunakan Shaklee sekurang-kurangnya 20 untuk tahun.

Bagi mempertahankan hasil eksperimen ini supaya tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun setelah diterbitkan ke jurnal antarabangsa nanti, semua keputusan eksperimen di audit saintis lain atau peer reviewed. Dan semua keputusan eksperimen ini akan diterbit dalam “Nutritional Journal”, ini bukan calang-calang jurnal tau ni.

Hasilnya?
Sangat mengejutkan!




Kesimpulan daripada slide di atas,
orang yang konsisten menggunakan Shaklee terbukti secara saintifik lebih sihat daripada yang tidak makan apa-apa vitamin & yang makan vitamin jenama lain. Ini selari dengan motoShaklee Dijamin Berkesan.
semua produk Shaklee terbukti secara saintifik selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Ini selari dengan moto Shaklee Dijamin Selamat.
tahap kesihatan pengguna vitamin lain terbukti secara saintifik lebih teruk berbanding orang yang tak ambil sebarang vitamin. Sbb itu ada Doktor yang berpendapat “Lebih Baik Tidak Makan Apa-Apa Vitamin“.

Maklumat lanjut rujukhttp://LandmarkStudy.com. Atau klik sini untuk download manuskrip jurnal tersebut (pdf).

Kalau nak tahu, sebab tu;
Pemilik syarikat Shaklee (Roger Barnett sendiri) & keluarga, saintis & pekerja Shaklee dan semua pengedar Shaklee yakin untuk mengamalkan Shaklee untuk selama-lamanya.
Pemilik syarikat Shaklee (Roger Barnett sendiri) & keluarga, saintis & pekerja Shaklee dan semua pengedar Shaklee tidak berani nak tukar kepada vitamin jenama lain yang berlambak di farmasi & di Internet. Bukan sebab tidak menyokong produk tempatan tau.
Pemilik produk-produk kesihatan & kecantikan yang selalu kita nampak di akhbar, baca di majalah, tonton di TV & dengar di radio juga konsisten mengamalkan Shaklee sekeluarga, bukan produk mereka sendiri pun sebenarnya. Sebab mereka pun tahu produk mereka bukan berdasarkan kajian saintifik seperti Shaklee & tidak sihat untuk jangka masa panjang.

Maka, tidak hairan lah kalau anda lihat semua pengedar Shaklee begitu galak berkongsi tentang kebaikan produk yang mereka sendiri gunakan. Bukan, Bukan kerana inginkan jualan semata-mata. Tapi supaya kita rakyat Malaysia sihat sepenuhnya.



Kenapa 21st Century, Blackmores, Amway, Herbalife, Haio, Forever Living, etc tidak mahu buktikan produk mereka dengan Landmark Study sebegini?

Mana ai tau.
Pi tanya depa.

Kredit : http://ireach.my/kelebihan-shaklee/

Banyak sangat lah kelebihan Shaklee berbanding produk lain; dibangunkan oleh saintis bertauliah, produknya memiliki kajian klinikal, kaji...

0 comments: