Tips penyusuan eksklusif: Bekalkan susu yang CAIR kepada pengasuh

9/16/2016 nurul husna 0 Comments


Sambungan daripada Tips penyusuan Eksklusif Part 1

Bagi ibu bekerja, sebaiknya kita mudahkanlah penjaga yang jaga anak kita tu. Kita mudahkan kerja dia, dia pun happy jaga anak kita kan? 😊

Jika anak masih fully BF, bekalkan susu yang cair supaya mudah pengasuh handle nanti. Kalau susu tu beku, pastikan kita dah cairkan dulu sebelum hantar.


Kalau kita simpan dalam storage plastic, pastikan dah tuang siap-siap dalam botol susu.

Perlu diingat, susu yang dah dibekukan dan susu yang baru mempunyai kandungan zat yang berbeza. Zat dan nutrisi dalam susu yang dah dibekukan berkurang sedikit akibat proses perubahan suhu.

Dan susu yang baru (antara 3-5 hari dan belum dibekukan) mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang beku tadi. Yang fresh lagilah khasiat nya lebih banyak! Hehe

So, untuk dapatkan khasiat dan nutrisi yang seimbang, boleh selang seli kan susu beku dan susu yang baru. Then, tulis nombor siap-siap supaya mudah pengasuh ambil dan panaskan nanti. 😊

Susu yang dah dicairkan, perlu dibuang jika tak diminum dan dah lebih 24 jam tau. Susu baru pulak, kalau tak digunakan lagi, boleh la simpan dalam chiller untuk kegunaan esok pulak. 😊

Boleh juga sediakan puting botol siap - siap2, so pengasuh tinggal buka tutup botol tu dan letak puting, panaskan, dan terus bagi pada baby. πŸ˜‰



Terpulang pada mommies nak buat cara macam mana, tapi sebaiknya pilihlah cara yg memudahkan kerja pengasuh nanti. HeeπŸ˜ƒ

Selamat maju jaya semua ibu-ibu hebat! 😍😍

Sambungan daripada Tips penyusuan Eksklusif Part 1 Bagi ibu bekerja, sebaiknya kita mudahkanlah penjaga yang jaga anak kita tu. Kita mu...

0 comments: